Kelas Kawalan Proses dan Instrumentasi
Process Control and Instrumentation Class
2.00 – 4.00 petang.
Fasa 2 CPBL (rujuk Gambar 1 dan 2)
Aktiviti 1: Kumpulan Kluster Peer Teaching
Sebelum memulakan aktiviti ini, setiap pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan kluster yang besar. Aktiviti ini dimulakan dengan setiap pasukan duduk bersama selama 10 minit untuk memastikan Team Mind-Mapping Teaching Note yang mereka telah buat sebelum masuk ke kelas dikemaskini (rujuk Gambar 3 – 6). Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu salinan Team Mind-Mapping Teaching Note melalui elearning semalam, manakala individual teaching note telah dihantar pada hari Jumaat lepas.
Setelah itu, setiap pasukan pergi kepada kumpulan kluster masing-masing, yang mana setiap pasukan akan menampal Team Mind-Mapping Teaching Note (di kertas mahjong) di dinding (rujuk Gambar 7 – 12). Dalam setiap kumpulan kluster, setiap pasukan akan membentangkan Teaching Note masing-masing secara bergilir. Perbincangkan akan berlaku selagi mana ada perkara yang masih lagi tidak dapat difahami oleh rakan sepasukan. Sekiranya ada pembetulan, ahli pasukan akan membuat pembetulan secara terus di kertas mahjong (rujuk Gambar 13 – 14).
Aktiviti 2: Kelas Peer Teaching.
Aktiviti ini berlangsung setelah setiap pasukan membuat pembetulan nota di kertas mahjong masing-masing. Satu kumpulan kluster dipilih untuk membentangkan nota mereka kepada kelas (rujuk Gambar 15 – 16). Perbincangkan akan berlaku selagi mana kelas ada persoalan tentang apa yang telah dibentangkan. Perbincangkan akan menjadi lebih lancar kerana setiap pelajar telah mempunyai ilmu terdahulu (prior knowledge) semasa perbincangan dalam pasukan dan kumpulan kluster.
Rabu ini pelajar-pelajar akan masuk ke Fasa 3 dalam CPBL model di mana akan ada pembentangan penyelesaian bagi Masalah 1 oleh beberapa pasukan, diikuti dengan reflection dan team peer rating. Nantikan laporannya.
#ActiveLearning
#CooperativeLearning
#ProblemBasedLearning
#UTMFutureReadyEducator
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9
Gambar 10
Gambar 11
Gambar 12
Gambar 13
Gambar 14
Gambar 15
Gambar 16