{"id":2260,"date":"2025-08-23T11:49:48","date_gmt":"2025-08-23T03:49:48","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/?p=2260"},"modified":"2025-08-23T11:52:50","modified_gmt":"2025-08-23T03:52:50","slug":"kejayaan-15-pegawai-jts-sarawak-jadi-inspirasi-perkhidmatan-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/2025\/08\/23\/kejayaan-15-pegawai-jts-sarawak-jadi-inspirasi-perkhidmatan-awam\/","title":{"rendered":"Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi Inspirasi Perkhidmatan Awam"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-wp-embed is-provider-suara-sarawak wp-block-embed-suara-sarawak\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<blockquote class=\"wp-embedded-content\" data-secret=\"6bh2heTN3h\"><a href=\"https:\/\/suarasarawak.my\/kejayaan-15-pegawai-jts-sarawak-jadi-inspirasi-perkhidmatan-awam\/\">Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi inspirasi perkhidmatan awam<\/a><\/blockquote><iframe loading=\"lazy\" class=\"wp-embedded-content\" sandbox=\"allow-scripts\" security=\"restricted\" style=\"position: absolute; visibility: hidden;\" title=\"&#8220;Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi inspirasi perkhidmatan awam&#8221; &#8212; Suara Sarawak\" src=\"https:\/\/suarasarawak.my\/kejayaan-15-pegawai-jts-sarawak-jadi-inspirasi-perkhidmatan-awam\/embed\/#?secret=NCKNkevUc9#?secret=6bh2heTN3h\" data-secret=\"6bh2heTN3h\" width=\"600\" height=\"338\" frameborder=\"0\" marginwidth=\"0\" marginheight=\"0\" scrolling=\"no\"><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUCHING:<\/strong>&nbsp;Kejayaan 15 pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Geomatik melalui Program Pesisir bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi inspirasi bagi seluruh warga perkhidmatan awam negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood berkata majlis konvokesyen bakal diadakan pada November ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi pegawai yang menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugasan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKejayaan mereka membuktikan bahawa semangat belajar boleh bertahan walaupun dalam rutin kerja yang padat,\u201d katanya pada Majlis Penutupan Hari Inovasi Jabatan Tanah dan Survei (HIITS) 2025 malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis disempurnakan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara graduan, Penguasa Bahagian Sarikei dan Juruukur Profesional, Awan Amal, membentangkan tesis bertajuk Pemodelan Pengangkutan Sedimen dan Risiko Banjir di Sungai Rejang, Sibu, Sarawak pada Persidangan Antarabangsa Geomatik dan Teknologi Geospatial Ke-10.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-content\/uploads\/sites\/3311\/2025\/08\/535251487_10163043652004030_5373570606463217469_n-768x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2261\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-content\/uploads\/sites\/3311\/2025\/08\/535251487_10163043652004030_5373570606463217469_n-768x1024.jpg 768w, https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-content\/uploads\/sites\/3311\/2025\/08\/535251487_10163043652004030_5373570606463217469_n-225x300.jpg 225w, https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-content\/uploads\/sites\/3311\/2025\/08\/535251487_10163043652004030_5373570606463217469_n.jpg 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Awang Zamhari berkata pengalaman membentangkan kajian di peringkat antarabangsa itu bukan sahaja pencapaian peribadi, malah meningkatkan kredibiliti jabatan di arena global dan membuka peluang penerbitan dalam jurnal berindeks antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelain itu, 16 pegawai lain kini mengikuti Program Pesisir Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah untuk meningkatkan pengetahuan teknikal, pengurusan dan membina pakar bidang (SME) dalam pentadbiran tanah, teknologi geospatial, penilaian hartanah serta perundangan tanah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Awang Zamhari mengakui cabaran menyeimbangkan tugasan harian dan pembelajaran akademik bukanlah mudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun katanya, semangat pegawai ini membuktikan ketekunan dan disiplin membuka pintu kejayaan serta meningkatkan keupayaan jabatan melaksanakan dasar, proses dan inovasi yang tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebahagian graduan juga bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) menunjukkan minat menimba ilmu tanpa batasan,\u201d jelas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menambah kekangan Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan (HLDP) akibat had umur maksimum 45 tahun bagi pengajian PhD mengehadkan peluang pegawai berbakat menyumbang ilmu pada tahap lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JTS berharap pertimbangan sewajarnya diberikan bagi permohonan melebihi had umur kerana pegawai bermotivasi tinggi dijangka menyumbang kepakaran, pengetahuan terkini dan nilai tambah signifikan kepada jabatan serta sektor tanah Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKejayaan akademik ini bukan sahaja membangkitkan kebanggaan peribadi, tetapi turut memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam negeri dan memacu pembangunan sektor tanah serta teknologi geospatial Sarawak ke arah standard global,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUCHING:&nbsp;Kejayaan 15 pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Geomatik melalui Program Pesisir bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi inspirasi bagi seluruh warga perkhidmatan awam negeri. Pengarah JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood berkata majlis konvokesyen bakal &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/2025\/08\/23\/kejayaan-15-pegawai-jts-sarawak-jadi-inspirasi-perkhidmatan-awam\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":26088,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[234,210,75,8,58,245,12,307,163,39],"class_list":["post-2260","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","tag-234","tag-alumniutm","tag-fabu","tag-fabulous","tag-geomaticsengineering","tag-iamsurveyor","tag-iamutm","tag-my1stmasterstudent","tag-surveyors","tag-utm"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2260","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26088"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2260"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2260\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2263,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2260\/revisions\/2263"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2260"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2260"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/kelvin\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2260"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}