Nama saya Khairul Bariah Binti Misron. Saya berasal dari Kempas Baru, Johor Bahru. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor. Saya memulakan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Selepas itu saya bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Perdaganganl di peringkat menegah. Saya merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik.
Saya memiliki 3 orang adik, dan seorang abang yang mana semua telah berkerjaya dan mempunyai kehidupan masing-masing. Kami dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan sangat bahagia. Ibu dan ayah kami bekerja di sektor awam dan swasta. Kami mempunyai kenangan zaman kanak-kanak yang sangat banyak. Hidup kami sentiasa ceria dan gembira.
Hobi saya adalah bermain badminton bersama rakan saya pada hujung minggu. Saya sering bermain badminton di gelanggang badminton berdekatan rumah saya. Dengan bermain badminton saya dapat menyihatkan tubuh badan saya dan mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Ianya juga dapat menghilangkan dan meredakan tekanan kerja.