Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited dalam memperkasakan sumber manusianya melalui pelbagai inisiatif yang bersepadu dan berstrategi bagi memastikan sumber manusia fakulti tersebut bersedia menghadapi pelbagai cabaran pada tahun-tahun yang mendatang.

Melalui Plan Inklusif Sumber Manusia (FSSH PISM) (2020-2021), lima strategi telah dirancang pada tahun 2019 bagi pelaksanaan pada tahun 2020 hingga 2021.

Sehubungan itu, bagi tahun 2021 yang akan datang, sebuah program kesinambungan dari program tahun 2020 telah dilancarkan sendiri oleh Y.Brs. Dekan FSSH, Prof. Dr. Zaidatun binti Tasir pada 29 November 2020 iaitu Program FSSHEART2021 bagi memperkasa sumber manusia di FSSH ini. 

Dalam ucapan perasmian secara webinar ini, beliau mengharapkan semua staf FSSH dapat menghayati segala pengisian program ini yang akan dilaksanakan sebagai salah satu dari High Impak Program (HIP) FSSH bagi tahun 2021.

Menurut beliau ‘FSSHEART2021’ iaitu Happy, Empaty, Appreciate, Responsible dan Trust atau Gembira, Empati, Menghargai, Bertanggungjawab dan Mempercayai, bukan saja menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memberikan nilai tersebut kepada semua staf FSSH tetapi staf FSSH juga bertangunggjawab bersama-sama memberikannya kepada pihak pengurusan yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin fakulti ketika ini”.

Pra pelancaran program ini telah disusuli dengan satu ceramah oleh tokoh FSSH, YBhg. Datuk Dr. Norhafizah binti Musa di bawah tajuk Husnuzon sebagai permulaan kepada Program FSSHEART2021.

Di bawah FSSHEART2021 ini terdapat pelbagai program yang berimpak tinggi telah dirancang kepada seluruh staf FSSH berdasarkan kekuatan dan kepakaran yang terdapat di peringkat Sekolah dan Akademi FSSH iaitu antaranya Wacana Intelektual, Program Kerohanian/Budaya Al Quran, TNA for support staff, Wellness, Sport and Outdoor activities, Reward System for staff dan pelbagai program lain juga.

Semua program-program yang dirancang ini adalah kesinambungan program-program pada tahun 2020 seperti program-program pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan secara konsisten di bawah program High Impact Project (HPD) – ISESS (Integrity, Sustainability, Excellence, Synergy dan Spirituality).

Mengakhiri ucapan beliau, Prof. Zaidatun telah menyampaikan mesej jelas iaitu “menjadi harapan besar pihak pengurusan FSSH agar perancangan fakulti di bawah FSSH Plan Inklusif Sumber Manusia (FSSH PISM) ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui Program FSSHEART2021 untuk tahun 2021 nanti.