Oleh : Khairull Azmi Bin Ishak

Agenda menginstitusikan nilai ISES (Intergriti, Synergy, Excellence dan Sustainability) sememangnya menjadi agenda utama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) – JTNCP. Bermula sejak awal tahun 2023 lagi pelbagai program dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan secara tersusun bagi menginsititusikan nilai ISES ini di kalangan semua staf di JTNCP. Ini bagi memastikan setiap staf di JTNCP senantiasa menghayati nilai teras UTM ini dan mempratikkannya dalam kehidupan dan tugasa harian mereka di UTM.

JTNCP sebagai sebuah PTJ yang bertanggungjawab menguruskan asset-aset universiti serta memberikan pelbagai perkhidmatan kepada seluruh warga kampus UTM telah menjadikan elemen nilai ISES ini sebagai nilai utama ditetapkan dalam segala aspek aktiviti dan tugasan harian staf.

Kemuncak kepada pelbagai pelaksanaan amalan nilai ISES ini di kalangan staf JTNCP ialah apabila JTNCP dianugerahkan sebagai penerima sijil pengiktirafan – Penarafan Bintang ISES UTM dengan memperolehi lima (5) bintang iaitu Bintang penuh bagi tahun 2023. Sesi penyampaian sijil pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Y.bhg Pendaftar UTM iaitu Puan Hajjah Nor Azizah bte Ismail semasa majlis penutupan Fiesta ISES UTM 2023 yang berlangsung pada 19 & 20 Disember 2023 yang lalu. Ini merupakan satu kejayaan kepada seluruh warga JTNCP yang telah bersama-sama mendukung dan menghayati nilai ISES dalam semua aspek dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

Lebih manis lagi, kejayaan JTNCP menerima Penarafan lima (5) bintang ini, telah disusuli dengan dua (2) lagi kejayaan pasukan JTNCP dalam Feista ISES UTM ini iaitu Tempat pertama Pertandingan Booth Terbaik (Feista ISES 2023) dan tempat ketiga bagi Pertandingan Monumen ISES (Feista ISES 2023). Sesungguhnya ketiga-tiga kejayaan yang dicapai oleh pasukan JTNCP ini merupakan satu pengiktirafan penuh pihak univertsiti kepada warga JTNCP dan membukti segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga JTNCP dalam menginstitusikan nilai ISES ini membuahkan hasil yang baik pada pengakhirannya.

Booth JTNCP yang bertemakan – sustainability – dengan gabungan pelbagai flora dan fauna termasuk replika – Telaga Air Akuifer Batuan – telah berjaya mengatasi lebih dari 30 booth dari pelbagai PTJ di dalam UTM. Manakala binaan monumen – arca KERIS – dengan gabungan pelbagai bahan-bahan terpakai di lapangan kerja warga JTNCP, telah berjaya menarik minat panel untuk arca tersebut menjadi antara tiga (3) monumen terbaik yang dihasilkan dalam pertandingan tersebut.

Menjadi harapan pihak pengurusan JTNCP, kejayaan-kejayaan yang dicipta pada program Feista ISES 2023 ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada seluruh warga kerja JTNCP untuk lebih baik lagi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi serta terus berpegang kepada nilai teras ISES ini. Melalui Kerjasama dan dukungan yang berterusan ini diharapkan untuk tahun 2024, pelbagai lagi kejayaan akan diperolehi oleh warga JTNCP dalam pelbaagai bidang atau pertandingan yang akan disertai oleh mereka.

Oleh :

Khairull Azmi Bin Ishak

Timbalan Pendaftar

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)