7hb Oktober 2021 – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Kejayaan dan kehebatan sesuatu organisasi bergantung modal insan yang ada di dalamnya. Di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), seramai 371 orang staf yang terdiri daripada staf akademik dan juga staf Profesional, Pentadbiran dan Pelaksana (PPP), kesemuanya telah diiktiraf oleh pihak pengurusan FSSH sepenuhnya di Majlis Apresiasi FSSH 2021 (MAFSSH 2021). Disebabkan keadaan pandemik yang masih belum pulih sepenuhnya, MAFSSH 2021 ini telah dijalankan secara online sepenuhnya.

MAFSSH 2021 ini telah berlangsung selama hamper 4 jam di talian webex fakulti dan dipancarkan secara langsung juga ke FB FSSH dengan kehadiran seramai 400 orang yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar FSSH yang sama-sama meraikan majlis gemilang ini.

Di awal ucapan perasmian oleh Y.Bhg Dekan FSSH, Prof Dr Zaidatun Tasir, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada semua staf dan juga para pelajar FSSH atas sokongan dan Kerjasama dari semua sehingga FSSH telah berjaya dengan cemerlangnya pada tahun 2020 yang lepas. Kejayaan ini telah terbukti dengan nyatanya apabila FSSH telah diberikan pengiktirafan tertinggi dalam pengurusan akademik iaitu Anugerah Kualiti Akaemik (AKA) bagi tahun 2020 di dalam Majlis Citra Karisma UTM 2021.

Bagi tahun ini, FSSH telah memberikan pelbagai penghargaan dan anugerah sebanyak 29 anuegarah kepada staf 89 orang penerima dan seramai 215 orang penerima Anugerah Perkhdimatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Kesemua penerima anugerah ini menerima hadiah dan cenderamata khas dari FSSH dan kesemua 371 orang staf FSSH juga akan menerima cenderamata fakulti bagi tahu 2020 ini.  

Anugerah dan penghargaan MAFSSH 2021 ini telah dibagikan kepada 3 kategori iaitu Anugerah-anugerah Akademik, Anugerah-anugerah Penyelidikkan & Inovasi dan Anugerah-anugerah khas peringkat FSSH. Bagi anugera-anugerah Akademik FSSH 2020 antara anugerah yang telah disediakkan ialah Anugerah Pengajaran, Anugerah Penasihat Akademik, Anugerah Penyeliaan, Anugerah Kualiti Program Akademik (Kategori UG & Kategori PG) dan Anugerah Penyelaras Program Terbaik (Kategori UG &         Kategori PG).

Manakala bagi anugerah-anugerah penyelidikan & Inovasi, antara anugerah yang telah di sediakan ialah Anugerah Penyelidikan, Anugerah Perundingan, Anugerah Inovasi dan Komersialisasi, Anugerah Keterlibatan Industri, Anugerah Karya Asli (Kategori Karya Buku Asli, Kategori Buku Suntingan, Kategori Karya Popular dan Kategori Penulis Prolifik), Anugerah Penulis Dalam Jurnal Berindeks, Anugerah Penyelidik Bersitasi Tinggi, Anugerah Makalah Bersitasi Tinggi dan Anugerah Kumpulan Penyelidikan Terbaik.

Bagi anugerah khas FSSH 2022, terdapat Sembilan (9) anugerah yang telah disediakan iaitu Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Inovasi Kerja Berkumpulan (Staf PPP), Anugerah Sukan (Kategori Pencapaian Sukan, Kategori Kepimpinan Sukan & Kategori Gaya Hidup Sihat), Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Webometrik (Individu), Anugerah Penghargaan Staf Pinjaman Luar dan  Anugerah Perkhidmatan Staf PPP (Gred N, Gred J, F dan B & Gred DV, C, H, dan G).

Bagi MAFSSH 2021, pihak pengurusan FSSH telah bersetuju memperkenalkan dua (2) baru iaitu Anugerah Jasa Mu Dikenang dan Anugerah Ikon ISESS (Staf PPP & Staf Akademik). Bagi Anugerah Jasa Mu Dikenang, pihak FSSH telah bersetuju untuk memberikan kepada tiga (3) pemenang bagi tahun 2021 iaitu Prof Selamat Hashim, Prof Dr Salleh Abu dan En Aziz Ishak. Manakala bagi anugerah yang julung-julung kali diadakan iaitu Anugerah Ikon ISESS 2020, pemenang bagi staf akademik ialah Prof Dr Mohd Sukri Saud manakala Pn Idawati Ramli pulak bagi kategori Staf PPP.

MAFSSH 2021 ini juga dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah kepada staf FSSH dengan jumlah hadiah yang telah disediakan sebanyak 80 buah dan satu hadiah ‘grand’ iaitu sebuah TV SHARPS 42 Inci. Semoga penganjuran MAFSSH tahun akan mendatang akan lebih meriah lagi dan FSSH terus meraikan dan menhargai semua sumbangan yang diberikan oleh staf dari pelbagai aspek dan bidang. Tahniah FSSH !

Disediakan oleh :

Khairull Azmi Bin Ishak

Timbalan Pendaftar FSSH

Antara Para Pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) FSSH

Antara Para Pemenang Anugerah Akademik dan Anugerah Penyelidikan & Inovasi

Antara Para Pemenang Anugerah Khas FSSH 2020