Semalam terdengar lagu Jepun Mirai yang sangat sedang dan merdu melodinya. Terkenang kenangan tahun 1994 ketika berusia 22 tahun – kali pertama dalam hidup menaiki kapal terbang dan kali pertama juga keluar negara ke Negara Jepun.

Sebagai anak setinggan, tak pernah terfikir untuk mendapat peluang ini – tajaan sepenuhnya oleh Pihak JICA di bawah Friendship Program For 21st Century sebagai wakil pelajar Universiti Malaysia.

Kisah bermula, apabila Pn Chin, penolong Pendaftar HEP Universiti Sains Malaysia (USM) memanggil aku untuk mengisi borang berkenaan di bawah Program JPA dan JICA. Tak siapa menduga…..selang sebulan dari itu aku menerima panggilan untuk sesi temuduga di JPA. Sesi temuduga yang benar2 membuka mata aku sebagai seorang pelajar dan anak setinggan yang kerdil. Dari berbelas pelajar dari pelbagai IPTA, alhamdullilah aku telah menerima tawaran ke Jepun tersebut selepas selang sebulan. Panggilan pertama ialah untuk mengikuti kursus Bina Negara dan Bina semangat di Janda Baik, Pahang…..

sambung…..