2 Ogos 2023
Batuk-batuk sejak petang Selasa yang melampau dan buat tak boleh tidur malamnya. Rabu pagi buat keputusan ambil mc sebab dah tak boleh tahan dan cadang ke Klinik. Lepas makan tengahari celebrate brithday Sofia di SDS di Taman Impian Emas terus ke Klinik Norila nak ambil ubat batuk saja.
Jumpa Dr Norila, sekali dia kata ada asma dan banyak di paru-paru, so kena nap. Awalnya tak nak ambil sebab tak percaya kena asma. Asal batuk ni mungkin sebab makan sambal petai dan buah jeruk je selasa petang tu. Tapi bila Dr kata – terpulanglah kat encik…nasihat saya buat nap tu untuk kurangkan asma tu…..so ambillah nap tu untuk dalam 20 minit……alhamdullilah banyak leganya batuk dan dada ini. Ha3…terima kasih Dr. Dapat mc 2 hari (Rabu dan Khamis)
Dr pesan klu x ok kena datang semula lepas 4 jam. Tak sempat nak ulang balik tu. Klu still x ok kena buat x-ry untuk tengok keadaan paru-paru pulak…adoi
Semoga diberikan kesihatan yang baik semula dan dapat bertugas seperti biasa minggu hadapan walaupun masih juga bekerja dari rumah waktu mc ini.
Selamat semua