Khairull Azmi bin Ishak merupakan Timbalan Pendaftar Gred N52 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Telah berkhidmat di UTM sejak 1 Jan 1999. Merupakan anak jati kelahiran Johor Bahru yang dilahirkan pada 7 Jun 1972.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (2) – STAR (2) dari tahun 1979 – 1984. Kemudian melanjutkan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Dato Jaafar (SDJ) dari 1995 – 1992 sehingga di tingkatan 6.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1992 sehingga 1996 dalam Pengajian Kemanusiaan (Major – Geografi dan Minor – Sains Politik). Ketika di universiti beliau telah menimba pelbagai pengalaman dan ilmu bukan saja di dalam bilik atau dewan kuliah tetapi juga aktif di dalam pelbagai aktiviti berpersatuan. Pelbagai jawatan yang telah beliau sandang demi memcari pengalaman dan mempelajari ilmu kepimpinan sepanjang 4 tahun menetap di Pulau Pinang.

Kerjaya awal beliau bermula sebaik saja tamat peperiksaan akhir tahun 4 – pada tahun 1996 – dengan menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di sebuah badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Nurul Yaqeen sehingga 31 Dis 1998. Dan memulakan kerjaya beliau di UTM mulai 1 Jan 1999 sehingga kini.

 

 

Email untuk dihubungi :

khairull@utm.my

012 – 7275589

FB :

https://www.facebook.com/khairullazmi.ishak

Instragram :

https://www.instagram.com/khairull7276/