PKAS

pkas

  • Pengenalan

Asas penubuhan Persatuan Kebajikan AnNajah Selangor (PKAS) bemula hasil dari gabungan dua aktiviti kumpulan iaitu Jemaah dari Surau Annajah Ampang (bermula dari 2008) dan kumpulan usrah/halaqah Blok V UTM Jalan Semarak ( penghujung 2012). Kedua-dua aktiviti kumpulan ini menumpukan kepada pengisian kerohanian dan mendalamkan kefahaman tentang Al-Quran (Tadabbur Al-Quran) dibawah bimbingan Ustaz yang sama iaitu Ustaz Abdul Muein bin Abd. Rahman. Hasil dari kefahaman dan kesedaran terhadap ilmu yang telah diperolehi telah memotivasikan ahli dalam kumpulan yang kecil ini untuk membentuk satu pertubuhan yang lebih berfungsi untuk berkongsi, mengamalkan dan menyampaikan dakwah secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada seluruh masyarakat sekitar. Oleh itu gabungan keahlian dari 2 kumpulan ini, July 2013 kumpulan ini telah bersatu dan membentuk satu pertubuhan yang berdaftar atas nama PERSATUAN KEBAJIKAN AnNAJAH SELANGOR.

 

Melalui penubuhan ini pelbagai aktiviti-aktiviti amal telah dirangka disamping meneruskan aktiviti utama iaitu pengisian ilmu dalam tadabbur Al-Quran. Antara aktivitinya adalah penajaan kepada pelajar Tahfiz yang terpilih dengan melihat latarbelakang keluarga miskin dan yatim piatu. Disamping itu  kumpulan ini juga telah berusaha untuk mengumpulkan dana untuk membantu 3 keluarga kurang upaya disekitar Cheras (setelah menziarah sendiri keluarga ini) secara dan keluarga ibu tunggal di keramat.

 

Pendaftaran pertubuhan ini telah membawa kepada pemilihan lokasi pusat rasmi utk PKAS di alamat 21-1, Jalan Seri  Rejang 3, Rampai Business Park South, Sri Rampai yang diberi nama Annajah Community (bermaksud komuniti yang mengimpikan kejayaan akhirat)

 

 

Untuk info lanjut, sila layari laman di bawah:

https://www.facebook.com/annajah.community/