{"id":1160,"date":"2022-12-07T05:49:35","date_gmt":"2022-12-07T05:49:35","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/?page_id=1160"},"modified":"2022-12-07T05:49:45","modified_gmt":"2022-12-07T05:49:45","slug":"10-manfaat-rendam-kaki-dalam-air-suam-dan-garam","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/10-manfaat-rendam-kaki-dalam-air-suam-dan-garam\/","title":{"rendered":"10 Manfaat Rendam kaki dalam Air Suam Dan Garam."},"content":{"rendered":"<p><strong>10 Manfaat Rendam kaki dalam Air Panas Dan Garam.<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-Wv8vR3UWBPs\/X4uTqPNqaFI\/AAAAAAABW2Y\/n6c1Ut-cDxY6L6VXmzkky1acm8XdS9czgCLcBGAsYHQ\/w1200-h630-p-k-no-nu\/garamm.jpg\" alt=\"5 Khasiat Garam Yang Akan Buat Kita Rasa Nak Rendam Kaki!\" width=\"489\" height=\"367\" \/><\/p>\n<p>Hai sayang-sayang mommy hari ni mommy nak share kat kalian semua khasiat atau manfaat rendam kaki dalam air suam dan Garam yang mungkin ramai lagi tak tahu jom&#8230;.<\/p>\n<p>Kesibukan dengan rutin harian memang memenatkan dan menyebabkan rasa sengal-sengal pinggang\u00a0 dan badan menjadi kurang bermaya. Banyak petua tradisional yang boleh kita amalkan untuk merawat sengal pinggang disamping dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan.<\/p>\n<p>Antara petua yang boleh diamalkan jika ada masa terluang lagi-lagi selepas datang bulan adalah dengan cara merendam kaki dalam air panas yang di campur dengan garam. Ianya dipercayai mampu menyingkirkan racun dalam badan dan menghilangkan bau kaki selain melancarkan peredaran darah.<\/p>\n<div>\n<p><span style=\"font-size: 12pt\">Amalan merendam kaki dengan air panas dan garam ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Perubatan tradisional Cina menyarankan agar merendam kaki dalam air panas setiap hari untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah demam kesejukan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt\">Menurut perubatan tradisional Cina, kaki adalah jantung kedua tubuh manusia. Kaki juga dianggap sebagai barometer yang mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kerana terdapat banyak titik akupuntur di telapak kaki.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div><\/div>\n<div>\n<p><span style=\"font-size: 12pt\">Selain itu, mandi wap atau sauna juga dipercayai mampu menyingkirkan toksik melalui peluh yang keluar dari seluruh badan. Amalan mandi wap ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja malah ianya juga sesuai untuk golongan lelaki yang menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman.<\/span><\/p>\n<h4><span style=\"font-size: 12pt\">10 kebaikan merendam kaki dalam air panas dan garam adalah seperti di bawah.<\/span><\/h4>\n<div><\/div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">1. Menghilangkan bau pada kaki<\/span><\/strong><\/h4>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Kaki yang lama terperuk dalam kasut mesti mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam mampu menghilangkan bau pada kaki.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">2. Mengatasi masalah kulit tumit kaki pecah<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Kerap melalukan kerja-kerja di dapur sememangnya akan menyebabkan kulit tumit kaki pecah jika lantai yang dipijak basah. Merendam kaki dalam air panas dan garam adalah alternatif untuk merawat kulit tumit kaki pecah. Ini kerana garam mampu merawat kulit yang merekah dan menyingkirkan bakteria.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">3. Melembutkan kulit tapak kaki\u00a0<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Merendam kaki dalam air panas dan garam dapat menanggalkan sel kulit mati dan merawatnya.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">4. Mengatasi selsema, demam, dan batuk<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Serangan selsema, demam, dan batuk dapat diatasi dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam kerana proses rendaman kaki tersebut menyebabkan seluruh badan berpeluh. Kelebihannya adalah badan terasa lebih segar dan bisa-bisa badan akan berkurangan.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">5. Melegakan sakit kepala<\/span><\/strong><\/h4>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Selain dapat mengatasi selsema, demam, dan batuk merendam kaki dalam air panas dan garam juga dipercayai mampu melegakan sakit kepala.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<div><\/div>\n<\/div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">6. Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa<\/span><\/strong><\/h4>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian atas tubuh.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<div><\/div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">7. Melancarkan peredaran darah<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Air panas yang dicampur dengan garam dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Kesannya adalah tubuh badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">8. Menghilangkan kuman dan bakteria pada kaki<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Semua jenis kuman dan bakteria yang menyebabkan kaki berbau, kulit menjadi kasar, tumit kaki pecah, kering, dan sebagainya dapat dihapuskan dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">9. Mencegah serangan stroke<\/span><\/strong><\/h4>\n<\/div>\n<div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Hidroterapi atau merendam kaki dalam air panas dan garam adalah satu langkah untuk mencegah dan merawat stroke kerana ianya memberi kesan ketenangan dan melancarkan peredaran darah kerana air panas dapat mengembangkan saluran darah.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<h4><strong><span style=\"font-size: 12pt\">10. Mengurangkan gejala senggugut<\/span><\/strong><\/h4>\n<div><\/div>\n<ul>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Sakit senggugut biasanya terjadi ketika wanita kedatangan haid. Kesakitannya sukar digambarkan kerana ketika diserang senggugut bukan hanya perut dan bahagian peranakan saja yang sakit namun pinggang dan seluruh badan juga terasa lemah.<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Kekuatan pinggang seakan-akan disedut oleh sesuatu elemen yang menyebabkannya terasa lenguh yang teramat sangat.\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Ada kalanya hanya tidur sahaja yang dapat menghilangkan rasa sakit senggugut untuk sementara waktu.\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Dan ketika senggugut menyerang, seseorang akan merasa lebih selesa untuk tidur pada posisi terlentang di atas lantai berbanding tidur atau baring di atas tilam empuk. Aneh sungguh kesakitan senggugut ni kan?\u00a0<\/span><\/li>\n<li><span style=\"font-size: 12pt\">Terapi rendaman kaki dengan air panas dan garam juga dapat mengurangkan gejala senggugut selain menuam atau mendemah perut dengan air panas yang di isi dalam botol dan dibalut dengan kain sehingga terasa banyak ketulan darah haid yang hangat mengalir keluar dari kemaluan.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<div><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div>\n<div><\/div>\n<\/div>\n<div>\n<p><span style=\"font-size: 12pt\">Amalan merendam kaki dalam air panas dan garam ini boleh dilakukan setiap hari dengan cara merendam kaki dalam air panas yang bersuhu 40 darjah Celcius sehingga berpeluh dan anggaran masa untuk proses rendaman kaki ini adalah lebih kurang 15 &#8211; 30 minit.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt\">Selain amalan tradisional, pengambilan supplemen yang sesuai juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan, membuang toksin degil dalam badan, dan mencegah pelbagai penyakit. Bila kesihatan dalaman terjaga secara automatik kesihatan luaran juga semakin meningkat.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<div><\/div>\n<div><span style=\"font-size: 12pt\">Ha&#8230;sekarang kessyang mommy dah tahukan manfaatnya so apa tu lang marilah kita amalkan sambil berdoa kepada allah semoga memberi kebaikan kepada kita&#8230;<\/span><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>10 Manfaat Rendam kaki dalam Air Panas Dan Garam. Hai sayang-sayang mommy hari ni mommy nak share kat kalian semua khasiat atau manfaat rendam kaki dalam air suam dan Garam yang mungkin ramai lagi tak tahu jom&#8230;. Kesibukan dengan rutin &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/10-manfaat-rendam-kaki-dalam-air-suam-dan-garam\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":25806,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-1160","page","type-page","status-publish","hentry"],"jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1160","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25806"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1160"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1160\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1166,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1160\/revisions\/1166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}