{"id":846,"date":"2022-10-19T03:35:06","date_gmt":"2022-10-19T03:35:06","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/?page_id=846"},"modified":"2022-10-19T03:46:30","modified_gmt":"2022-10-19T03:46:30","slug":"cara-melegakan-sakit-tekak","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/cara-melegakan-sakit-tekak\/","title":{"rendered":"Cara melegakan sakit tekak"},"content":{"rendered":"\n<p>Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan populasi kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak. Sakit tekak boleh merangkumi&nbsp;<strong>perasaan kesakitan<\/strong>,&nbsp;<strong>kekeringan<\/strong>&nbsp;ataupun&nbsp;<strong>kegatalan pada tekak&nbsp;<\/strong>anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenis sakit tekak boleh merangkumi bahagian larynx dan pharynx anda. Sakit tekak sering dirawati mengikuti puncanya, contoh jangkitan, alahan, post intubasi ataupun kanser. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Kumur Air Garam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kumur dengan air garam tersenarai sebagai salah satu cara merawat sakit tekak yang berkesan. <a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/pemakanan\/tips-lain\/kebaikan-minum-air-panas\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Garam boleh menarik keluar lendiran pada tisu<\/a> yang sedang mengalami radang dan kebengkakan akibat proses patologi sakit tekak.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini mampu memberikan kelegaan kepada mereka yang mengalaminya.<\/p>\n\n\n\n<p>Klinik Mayo menyarankan mereka yang mengalami sakit tekak untuk mencampurkan 4 hingga 8 auns air dengan \u00bc atau \u00bd garam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kumuran perlu dibuat untuk beberapa saat dan ia perlu dibuang (bukan ditelan). Ulang kaedah ini beberapa kali sehari untuk kesan yang optimum.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Menghisap lozenges yang membantu mengurangkan kesakitan.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Gula-gula ini mengandungi menthol, bahan yang boleh membuatkan tekak anda berasa kebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini boleh memberikan kelegaan daripada sakit tekak atau rasa terbakar di dalam tekak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda takut untuk mengambil lozenges, anda boleh mengambil gula-gula biasa yang perlu dihisap (bukan dikunyah).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengambilan gula-gula boleh <a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/keadaan-telinga-hidung-tekak\/kelenjar-air-liur-masalah-kesihatan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">meningkatkan penghasilan air liur dan ia boleh menjadi pelincir<\/a> kepada tekak anda. Keadaan ini boleh memastikan tekak anda tidak terlalu kering.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesan gula-gula mungkin tidak sama dengan lozenges sakit tekak, namun ia boleh digunakan bagi mereka yang tidak mahu mengambil bahan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Elakkan daripada memberikan lozenges atau gula-gula kepada kanak-kanak. Mereka boleh tercekik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3.<\/strong> <strong>Gunakan madu untuk hilangkan sakit tekak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Madu boleh disenaraikan sebagai salah satu cara melegakan sakit tekak yang berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia boleh dicampurkan bersama dengan air teh bagi mengekalkan tahap hidrasi anda pada paras optimum.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesetengah teh seperti<a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/penyakit-jantung\/kolesterol\/kebaikan-teh-hijau-kolesterol\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"> teh hijau turut mempunyai sifat antibakteria<\/a>, memberikan kelegaan daripada kesakitan, kaya dengan antioksidan dan boleh menurunkan tahap radang di dalam tekak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian menunjukkan, madu bukan sahaja boleh menghilangkan sakit tekak, ia juga boleh bertindak sebagai agen yang mengawal simptom batuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekurang-kurangnya, tekak anda tidaklah terasa pedih berikutan batuk semasa alami masalah sakit tekak.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-content\/uploads\/sites\/2958\/2022\/10\/Khasiat-Madu.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-858\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-content\/uploads\/sites\/2958\/2022\/10\/Khasiat-Madu.jpg 640w, https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-content\/uploads\/sites\/2958\/2022\/10\/Khasiat-Madu-300x169.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption>Gunakan madu asli<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>4. Minum air secukupnya untuk basahkan tekak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Bukan sahaja minum air secukupnya penting untuk kesihatan umum, ia juga boleh membantu melegakan sakit tekak.<\/h2>\n\n\n\n<p>Ramai yang tidak tahu pengambilan air mengikut saranan adalah cara merawat sakit tekak yang mudah dan efektif.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa air yang cukup, badan tidak boleh menghasilkan jumlah air liur dan mukus yang cukup di dalam tekak.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila badan anda kehilangan pelincir semula jadi tersebut, ia akan <a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/keadaan-telinga-hidung-tekak\/tekak\/5-punca-dan-petua-hilangkan-sakit-tekak\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">menyebabkan simptom sakit tekak<\/a> anda lebih menyakitkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda hendak minum sup atau teh sebagai alternatif kepada air, pastikan ia suam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan minum air panas berikutan ia boleh membakar tekak anda yang sudahpun sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>5. Mandi dengan mandian wap untuk legakan sakit tekak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jika rumah anda tidak dilengkapi dengan alat pelembap udara, anda masih boleh melegakan sakit tekak dengan menggunakan lembapan udara melalui mandian wap.<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/penyakit-batuk-saluran-pernafasan\/pneumonia\/paru-paru-berair-mandi-malam\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Air mandi suam boleh menghasilkan wap<\/a> dan jika disedut masuk boleh membantu mengurangkan kebengkakan dan melegakan simptom sakit tekak.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia merupakan cara merawat sakit tekak yang sangat mudah dan elegan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya anda tidak mahu mandi, boleh juga buka air panas di sinki dan biarkan sedut masuk wap panas yang terhasil.<\/p>\n\n\n\n<p>Takkan setiap kali rasa sakit tekak kita nak mandi, kan?<\/p>\n\n\n\n\n\n<p><strong>6. Tinggikan kepala dengan bantal bagi melegakan masalah sakit tekak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kaitan di antara tinggikan posisi kepala dengan melegakan sakit tekak?<\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku secara tidak langsung. Lazimnya, mereka yang mengalami sakit tekak turut mendapat masalah hidung tersumbat.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini boleh menyebabkan<a href=\"https:\/\/hellodoktor.com\/tidur\/tidur-nyenyak\/teknik-pernafasan-yang-betul-tidur\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"> anda tidur dengan mulut terbuka untuk bernafas<\/a>. Bukaan tersebut boleh mengeringkan tekak anda menyebabkan sakit tekak semakin teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, jika anda mengalami masalah hidung tersumbat, cuba tinggikan kepala anda bagi melegakan masalah hidung tersumbat, seterusnya sakit tekak anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi pemakanan pula  elakkan makanan pedas, kering dan keras. Contohnya kari ataupun biskut kering.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda digalakkan memakan makanan lembut dan senang ditelan. Contohnya bubur, oats ataupun sup.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan populasi kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak. Sakit tekak boleh merangkumi&nbsp;perasaan kesakitan,&nbsp;kekeringan&nbsp;ataupun&nbsp;kegatalan pada tekak&nbsp;anda. Jenis sakit tekak boleh merangkumi bahagian larynx dan pharynx anda. Sakit tekak sering dirawati &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/cara-melegakan-sakit-tekak\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":25806,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-846","page","type-page","status-publish","hentry"],"jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/846","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25806"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=846"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/846\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":862,"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/846\/revisions\/862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/latipahsamian-kl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=846"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}