Bukit Tiz, Seri Alam, Pasir Gudang

Aktiviti riadah santai di hujung minggu. Lokasi bertempat di Bukit Tiz, Pasir Gudang, Johor pada cuti hujung minggu 20 Mac 2021.

Trip bermula seawal jam 7 pagi, berkumpul di kaki bukit bersama dengan rakan-rakan kerja. Tepat jam 7.15 pagi mula bergerak jalan kaki melalui on road, jalan bertar selama 15-20 minit.

Fasa kedua, penghujung jalan bertar, kami mula dibawa ke entrance hutan yang akan melalui denai yang dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau disepanjang jalan yang kemudiannya akan melalui ladang kelapa sawit, memakan selama 45minit durasi perjalanan dalam mode santai.

Fasa terakhir sebelum tiba di puncak, akan ada sedikit kesukaran kerana perlu berhati-hati melalui denai yang penuh dengan pokok-pokok renek berduri. Kelebihan pada trip kali ini iailah untuk sesiapa yang datang dengan outfit berlengan panjang.

Akhirnya, tiba di puncak, summit point akan belanja view yang cantik dari atas puncak bukit.

Terima kasih kerana hadir membaca disini.


Posted

in

by

Tags: