Pada 1 Mac 2025, saya telah menerima surat pelantikan semula sebagai Eksekutif Penyelidik, Pejabat Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tempoh 2 tahun, bermula 1 Februari 2025 hingga 31 Januari 2027. Saya telah melengkapkan perkhidmatan 3 tahun awal di Pejabat Naib Canselor pada 31 Januari 2025.
Pelantikan semula ini memberikan saya peluang meneruskan peranan yang saya mainkan dalam hal melibatkan penulisan akademik melibatkan Naib Canselor bersabit pendidikan tinggi dan universiti, penulisan dan semakan teks ucapan Naib Canselor, serta membantu pentadbiran Naib Canselor dalam hal melibatkan kenyataan media dan kenyataan umum.
Pelantikan semula ini dibuat oleh Naib Canselor ke-8, Yg. Brs. Profesor Dr Mohd Shafry Bin Mohd Rahim. Saya dengan rasa rendah hati menerima pelantikan semula ini dengan perasaan teruja untuk membantu Naib Canselor ke-8 setelah membantu pentadbiran Naib Canselor ke-7, Yg. Bhg. Profesor Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail yang tamat perkhidmatan Naib Canselor pada 30 November 2024.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yg. Brs. Profesor Dr Mohd Shafry Bin Mohd Rahim atas kepercayaan terhadap saya. Juga, ucapan terima kasih saya sampaikan buat Yg. Bhg. Profesor Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail atas kepercayaan beliau berikan kepada saya pada penggal pentadbiran terdahulu.
Kerana Tuhan Untuk Manusia | Menginovasi Penyelesaian Lestari
Dr Muhammad Abd Hadi Bin Bunyamin
Eksekutif Penyelidik
Pejabat Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)