Sains dan Jejak Identiti: Melahirkan Bakat Sains Masa Depan

Melalui sesi Borak Santai anjuran Young Scientist-Network Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM), saya berkongsikan kisah, pengalaman, dan ilmu tentang pengembangan bakat Sains seseorang insan, bermula zaman persekolahan dan kanak-kanak hingga menjejak umur dewasa. Ini bagi tujuan memberitahu bahawa bakat Sains dibentuk dalam jangka masa panjang berbanding jangka masa pendek. Perjalanan seseorang insan dapat memberitahu apakah dia mungkin akan berada dalam bidang Sains atau sebaliknya. Ini berbalik kepada konsep Funds of Identity atau Jejak Identiti.