Assignment 2 – Question 2

Question 2: Kenal pasti dan analisa beberapa cabaran Adab dan Etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah di universiti. Apakah langkah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?

Plagarism dalam dokementasi

Cabaran ini adalah satu cabaran berterusan dalam bidang akademik. Perkara ini boleh didapati dalam kerja kursus pelajar dan juga dalam peneyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik yang tidak jujur.

Untuk mengatasi masalah ini perisian seperti “Turnitin” boleh digunakan untuk kerja kursus pelajar dalam memastikan perkara ini dapat dikurangkan. Selain itu, perlu juga penilitian atau peringatan kepada pelajar dan juga pensyarah dalam perkara yang tidak beretika ini supaya perkara ini dapat dielakkan.

Sikap ketidakadilan

Perkara ini boleh dihadapi oleh pelajar mahupun pensyarah dalam proses penilaian yang dilakukan. Walaupun perkara ini berlaku tidak disedari mahupun tidak sengaja namun boleh diketengahkan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang sepatutnya.

Untuk mengatasi masalah ini, pensyarah harus diberikan pencerahan mengenai penilaian harus dilakukan terhadap pelajar mengikut rubrik yang telah disediakan. Perkara yang sama perlu dilakukan terhadap pensyarah yang melalui proses kenaikkan pangkat dan dinilai dengan menggunakan sistem penilaian yang disediakan. Tidak ada isu ketidakadilan yang boleh dibangkitkan jika mempunyai dokumen yang kukuh dalam proses penilaian.

Hubungan professional antara pelajar dan pensyarah

Hubungan antara pensyarah dan pelajar perlu dijaga dan sikap profesionalisme perlu sentiasa dititikberatkan supaya tidak melampui batas.

Untuk mengatasi masalah ini pensyarah perlu menetapkan batasan mereka apabila berhubung dengan pelajar. Menjaga profesionalisme dan mengikuti garis panduan etika dalam interaksi dengan pelajar adalah penting.

Pencapaian KPI yang tinggi

Pensyarah mungkin akan berasa tertekan dengan pencapaian KPI yang ditetapkan oleh universiti dari segi akademik mahupun penyelidikan. Hal ini merupakan perkara biasa apabila bekerja dengan universiti yang berprestij seperti ini.

Pihak universiti boleh menyediakan sokongan untuk pensyarah merangkumi latihan berterusan dari segi akademik dan penyelidikan supaya pensyarah dapat memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak universiti.