Question 1: Bincangkan dengan ringkas tentang kepentingan Adab dan Etika bagi profesion sebagai pensyarah universiti. Bagaimana Adab dan Etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama dari aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah?
Adab dan Etika suatu elemen yang penting dalam membentuk diri dalam seseorang pensyarah. Seperti sedia maklum negara Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan setiap budaya menitik beratkan adab dalam kehidupan harian kita. Salah satu elemen penting dalam hal ini ialah nilai hormat dalam hubungan dengan pelajar dan rakan sekerja tidak kira sama ada pensyarah mahupun staf-staf sokongan. Sebagai pensyarah, nilai hormat sentiasa perlu dititikberatkan di mana jua kita berada untuk mengukuhkan hubungan kita. Jika sebagai seorang pensyarah kita menghormati pelajar mahupun rakan sekerja kita sudah pasti ini dapat mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap kita dalam apa jua urusan.
Perlu juga diingatkan bahawa kredibiliti seseorang pensyarah sangat penting dalam mendapatkan kepercayaan pelajar terhadap kita. Oleh yang demikian kekal menghormati pelajar dan rakan sekerja supaya kita sentiasa dihormati. Pensyarah juga harus menunjukkan integriti dan komitmen terhadap kualiti pendidikan dapat memotivasi pelajar untuk berusaha lebih keras dan mencapai hasil lebih berkualiti.