Sesi Perkongsian STEM

Sesi perkongsian STEM bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Tun Hussein Onn.

Pelbagai soalan-soalan menarik yang diajukan daripada pelajar-pelajar berkenaan bidang STEM dan peluang kerjaya di dalam bidang ini.

Melalui sesi perkongsian ini juga, saya kongsikan kepada mereka juga bagaimana untuk mencipta keseronokan tersendiri dalam mengejar cita-cita, insyaAllah.

Alhamdulillah, sesi hari ni berjalan lancar… penyudahnya sedikit sebanyak rasanya sesi pagi ini berjaya membuka minda dan memberi semangat motivasi kepada mereka tentang pentingnya STEM di sekolah, alhamdulillah 😍.