Archives for August 2016

Taklimat beban tugas staf akademik

Taklimat beban tugas staf akademik ini disampaikan oleh Prof. Dr Salleh bin Abu pada hari ini 15 Ogos 2016.

Taklimat ini bertujuan untuk melihat beban tugas staf akademik dan seterusnya membantu fakulti mengurus staf yang mempunya beban tugas kurang dari 80% dan yang mempunyai beban tugas lebih dari 100%.

Terdapat 3 wajaran beban tugas yang dilihat iaitu 1) pengajaran, 2) penyelidikan, 3) perkhidmatan. 

Berikut merupakan contoh pengiraan beban tugas staf dalam penyelidikan. 

Contoh 1: Untuk penyelidikan wajaran beban seminggu sebagai ketua penyelidik sebanyak 3 jam dan ahli penyelidik sebanyak 1 jam. Untuk tempoh setahun yang dikira minggu bekerja hanyalah 40 minggu. Maka untuk beban penyelidikan sebagai ketua penyelidikan sebanyak 3×40=120 jam setahun. 

Contoh 2: Untuk perkhidmatan, jika seorang staf akademik menjawat keahlian dalam sesuatu jawatankuasa, wajaran beban tugasnya ialah 0.6 jam seminggu. 

Berikut merupakan kohot untuk mengklasifikasikan beban staf akademik. Sepatutnya seorang staf perlulah berada dalam kohot K9  dan keatas. 

Berdasarkan dari pengiraan didapati beban tugas staf yang dikira tidak sama dengan markah yang diperolehi dalam e-LPPT. Terdapat staf yang beban tugasnya lebih dari 100% malah ada yang menjangkau melebihi 200%. Namun ada juga staf yang sangat rendah beban tugasnya iaitu kurang dari 10% setahun. 

Walaubagaimanapun sistem ini masih lagi perlu kepada pembaikan yang kritikal. Antaranya

1. Bidang-bidang kepakaran/pengkhususan staf

2. Tempoh ‘aktif sebenar’ staf

3. Tempoh sebenar perlantikan jawatan pentadbiran

#mydigitalmaker launch


Semalam 11/8/16  saya telah dijemput menghadiri pelancaran my digital maker di Sekolah Alam Syah, Putrajaya. 

Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia. 

Dalam pelancaran tersebut Dato Sri Najib menyatakan bahawa 10-20 tahun akan datang akan wujud pekerjaan profesional yang baru selain doktor, peguam atau ahli politik. 

Bermula pada tahun hadapan, topik coding akan mula diperkenalkan kepada pelajar tahun 1 dan tingkatan 1. Topik ini akan diintegrasikan dalam beberapa matapelajaran.

Terdapat beberapa sekolah telah dijadikan sekolah rintis sebelum melaksanakan program ini di seluruh sekolah. Antara sekolah yang terlibat seperti dibawah: 

Pelancaran ini dianjurkan oleh MDeC. Turut hadir selain Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan Timbalannya Dato’ P. Kamalanathan bersama ialah beberapa Naib canselor dari universiti seperti UTM, UTP.

Beberapa inovasi oleh pelajar  yang telah memenangi pertandingan juga turut dipamerkan sewaktu pelancaran tersebut antaranya keyless security door, multipurpose bed, dll. 

My Digital Maker to emphasise digital learning in schools – Tech News | The Star Online

PUTRAJAYA: Elements of computational thinking and computer science will be integrated into the formal education system nationwide starting next year to create a nation of young ‘Digital Makers.
For further reading, click:

http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2016/08/11/my-digital-maker-to-emphasise-digital-learning-in-schools/

What makes a good lecturer? Here are our top 20 Tips for New Lecturers

http://www.bbcactive.com/BBCActiveIdeasandResources/Whatmakesagoodlecturer.aspx

Bengkel design thinking for Young Innovate Johor 2016

Bengkel ini telah dijalankan pada 28 Julai 2016. Dihadiri oleh mentor seramai 21 orang dan juga guru-guru Teach for Malaysia (TFM). Bengkel design thinking ini telah di sampaikan oleh pengurus UTMTEC PM Dr Zaidi. 

Sambutan hari raya Eidulfitri Fakulti Pendidikan

1 Ogos 2016

Turut bersama-sama meraikan majlis ini adalah pelajar dari Rajamanggala University dan pelajar sit in latihan mengajar dari Universiti Muhammadiyah Purworejo.