#mydigitalmaker launch


Semalam 11/8/16  saya telah dijemput menghadiri pelancaran my digital maker di Sekolah Alam Syah, Putrajaya. 

Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia. 

Dalam pelancaran tersebut Dato Sri Najib menyatakan bahawa 10-20 tahun akan datang akan wujud pekerjaan profesional yang baru selain doktor, peguam atau ahli politik. 

Bermula pada tahun hadapan, topik coding akan mula diperkenalkan kepada pelajar tahun 1 dan tingkatan 1. Topik ini akan diintegrasikan dalam beberapa matapelajaran.

Terdapat beberapa sekolah telah dijadikan sekolah rintis sebelum melaksanakan program ini di seluruh sekolah. Antara sekolah yang terlibat seperti dibawah: 

Pelancaran ini dianjurkan oleh MDeC. Turut hadir selain Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan Timbalannya Dato’ P. Kamalanathan bersama ialah beberapa Naib canselor dari universiti seperti UTM, UTP.

Beberapa inovasi oleh pelajar  yang telah memenangi pertandingan juga turut dipamerkan sewaktu pelancaran tersebut antaranya keyless security door, multipurpose bed, dll.