Pembelajaran atas talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Pada 20 April 2020 (Isnin) saya mengadakan kelas UHAK 1012 (Atribut Kejayaan Graduan) secara atas talian. Berdasarkan survey yang dibuat didapati separuh dari pelajar dalam kelas saya (50%) mempunyai capaian internet yang sederhana sahaja. Seterusnya berdasarkan survey 60% pelajar menggunakan data hotspot dari telefon untuk online. Pelajar juga menghadapi masalah untuk membeli data.

  

 

2 minggu sebelum itu iaitu pada 6 April dan 13 April saya menggunakan Zoom untuk sesi pembentangan pelajar. Namun terdapat sebahagian pelajar tidak dapat online dan seorang pelajar menyatakan yang beliau terkeluar berkali-kali akibat ketiadaan capaian internet dan internet yang kurang stabil. Justeru, saya mengambil keputusan untuk mengadakan pembelajaran atas talian seterusnya dengan menggunakan Whatsapp.

Hampir 80% pelajar berada di rumah ibu bapa sewaktu PKP dan sebahagian kecil sahaja yang  berada di UTM. Berdasarkan survey mendapati, kebanyakan pelajar menggunakan telefon sebagai alat untuk pembelajaran atas talian.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sewaktu pembelajaran atas online. Saya menggunakan padlet dan edpuzzle untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan pembelajaran atas talian yang dijalankan. Pelajar juga diminta untuk menuliskan refleksi mereka di dalam padlet yang disediakan.

https://padlet.com/marlina_ali/za72zavgoglb