Penemuan supermassive black holes oleh pelajar PhD Malaysia

Petikan temubual Adlyka Annuar, penuntut ijazah Kedoktoran dalam bidang Astrofizik, di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom.  Beliau ditemubual oleh editor MajalahSains. 

Penyelidikan PhD saya adalah berkaitan “active supermassive black holes” di alam semesta kita.“Supermassive black holes” adalah lohong-lohong hitam yang sekurang-kurangnya sejuta kali lebih berat daripada matahari kita. “Active supermassive black holes” adalah “supermassive black holes” yang aktif “memakan” benda-benda dan objek di sekelilingnya.
Penyelidikan saya memberi tumpuan khusus untuk mencari “active supermassive black holes” yang tersembunyi daripada pandangan kita kerana dilindung oleh gas dan habuk yang tebal. Saya menggunakan NuSTAR untuk mencari lohong-lohong hitam ini kerana teleskop ini dapat mengesan sinaran-X (X-Ray) daripada objek-objek ini, yang dapat menembusi gas dan habuk yang tebal tersebut. Mencari lohong-lohong hitam tersembunyi ini sangat penting untuk membantu kita memahami bagaimana lohong-lohong hitam di alam semesta mengembang dan bagaimana ia memberi kesan kepada galaksi yang mereka duduki.
Untuk membaca dengan lebih lanjut klik:

Penemuan Supermassive Black Holes: Temubual khas bersama Nur Adlyka Ainul Annuar