Taklimat beban tugas staf akademik ini disampaikan oleh Prof. Dr Salleh bin Abu pada hari ini 15 Ogos 2016.
Taklimat ini bertujuan untuk melihat beban tugas staf akademik dan seterusnya membantu fakulti mengurus staf yang mempunya beban tugas kurang dari 80% dan yang mempunyai beban tugas lebih dari 100%.
Terdapat 3 wajaran beban tugas yang dilihat iaitu 1) pengajaran, 2) penyelidikan, 3) perkhidmatan.
Berikut merupakan contoh pengiraan beban tugas staf dalam penyelidikan.
Contoh 1: Untuk penyelidikan wajaran beban seminggu sebagai ketua penyelidik sebanyak 3 jam dan ahli penyelidik sebanyak 1 jam. Untuk tempoh setahun yang dikira minggu bekerja hanyalah 40 minggu. Maka untuk beban penyelidikan sebagai ketua penyelidikan sebanyak 3×40=120 jam setahun.
Contoh 2: Untuk perkhidmatan, jika seorang staf akademik menjawat keahlian dalam sesuatu jawatankuasa, wajaran beban tugasnya ialah 0.6 jam seminggu.
Berikut merupakan kohot untuk mengklasifikasikan beban staf akademik. Sepatutnya seorang staf perlulah berada dalam kohot K9 dan keatas.
Berdasarkan dari pengiraan didapati beban tugas staf yang dikira tidak sama dengan markah yang diperolehi dalam e-LPPT. Terdapat staf yang beban tugasnya lebih dari 100% malah ada yang menjangkau melebihi 200%. Namun ada juga staf yang sangat rendah beban tugasnya iaitu kurang dari 10% setahun.
Walaubagaimanapun sistem ini masih lagi perlu kepada pembaikan yang kritikal. Antaranya
1. Bidang-bidang kepakaran/pengkhususan staf
2. Tempoh ‘aktif sebenar’ staf
3. Tempoh sebenar perlantikan jawatan pentadbiran