Fizik

Pensyarah:

Prof. Madya Dr. Raja Kamarulzaman Bin Raja Ibrahim

Pensyarah Fizik Program Bridging 2022
– Pengetahuan Fizik 1
– Cahaya dan Optik
  • Dr. Faizani Bin Mohd Noor

Pensyarah Fizik Program Bridging 2022
-Elektrik

Bagi subjek Fizik, terdapat dua orang pensyarah yang mengajar. Mereka ialah Prof Madya Dr Raja Kamarulzaman dan Dr Faizani Bin Mohd Noor.

12 Ogos 2022
14.30 – 18:30

Semasa pertemuan yang pertama, PM Dr Raja mengajar tentang Pengenalan Fizik dan Pengukuran pada dua jam yang pertama. Manakala, Dr Faizani pula mengajar tentang elektrik pada dua jam yang terakhir.

Pengenalan Fizik; Fizik adalah satu ilmu yang menerangkan tentang apa yang berlaku disebalik setiap kejadian dan fenomena alam. Sebagai satu contoh ringkas, mengapa buah kepala jatuh kebawah dan bukan keatas? Hal ini berlaku kerana graviti. Jika tiada graviti, apa yang ada dipermukaan bumi pasti akan terapung.

Pengukuran pula digunakan bagi memudahkan urusan pengiraan sesuatu perkara. Setiap pengukuran mempunyai unit yang berbeza. Sebagai contoh, berat diukur dengan unit kilogram, gram manakala panjang diukur dengan unit sentimeter atau meter dan sebagainya.

Pertemuan pertama bagi tajuk Elektrik, peserta Bridging telah diperkenalkan tentang cas elektrik. Terdapat dua jenis cas elektrik iaitu cas positive (+) dan cas negatif (-). Cas yang sama akan berlawanan manakala cas yang berbeza akan mendekat.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Hukum Newton, Medan Elektrik, Arus Elektrik, Perintang dan Hukum Ohm’s

20 Ogos 2022
08:30 – 12:30

Pertemuan kedua, peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang Cahaya dan Optik serta Tenaga dan Kuasa Elektrik.

Optik adalah bidang kajian tentang ciri-ciri dan kelakuan (sifat) cahaya dengan medium seperti pantulan, pembiasan, interferens, belauan, pengutupan dan serakan.

Hukum Pantulan:

Hukum Pantulan

sudut tuju = sudut pantul

Hukum Pembiasan

Tajuk Tenaga dan Elektrik pula, peserta didedahkan tentang formula kuasa, sumber daya gerak elektrik, hukum Kirchhoff, kapasitor, kegunaan diod dan transistor. Kemudian peserta membuat latihan tentang vektor, daya dan penggunaan trigonometri dalam pengiraan, pengiraan arus elektrik dan voltan, pengiraan kerintangan, mengenalpasti medan elektrik dan tenaga elektrik.

Seterusnya,

27 Ogos 2022
14:30 – 18:30

Pertemuan seterusnya peserta dan pensyarah bersama-sama melakukan latihan dan perbincangan Fizik bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari sepanjang kelas yang lepas.

Pertemuan seterusnya adalah amali:

14 Oktober 2022
08:30 – 12:30

  • Gambar bersama pensyarah setelah selesai sesi amali.
  • Peserta Bridging melakukan amali Fizik yang bertajuk Elektrik. Peserta diberi peluang membuat experiment berkaitan perintang, voltan, arus dan mengenali litar.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang mengajar subjek ini, semoga ilmu yang diberi memberi manfaat hendaknya. 🙂

Rujukan dan Sumber

  • Nota Kuliah
  • Gambar dari Google