Pensyarah Kimia Program Bridging 2022
Subjek Kimia program Bridging 2022 tahap 2 sesi 1 telah diajar oleh Encik Hashim Bin Baharin.
12 Ogos 2022
08:30 – 12:30
Pada pertemuan kelas yang pertama, peserta bridging telah diberi maklumat tentang apa itu kimia, bidang kimia, kimia organik dan tak organik, peralatan yang perlu ada dimakmal kimia dan jirim berserta sifat-sifatnya.
Kebiasaannya, kimia organik adalah kajian tentang jirim yang mempunyai karbon manakala kimia tak organik adalah kajian tentang jirim yang tidak mempunyai karbon.
Setiap peralatan dan bahan radas di Makmal Kimia mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza.
Jirim pula adalah sesuatu yang memenuhi ruang.
Oksigen adalah contoh unsur manakala gas oksigen adalah contoh sebatian.
Larutan garam pula adalah contoh campuran homogeneus manakala tanah adalah contoh campuran heterogeneus.
19 Ogos 2022
14:30 – 18:30
Pertemuan kelas kimia yang kedua telah dibatalkan kerana terdapat sedikit salah faham tentang jadual dan ditunda ke tarikh yang lain.
27 Ogos 2022
08:30 – 12:30
Pada pertemuan kali ini, pelajar diberi pendedahan tentang struktur atom, jadual berkala unsur, teori kuantum mekanik.
Pada kelas yang seterusnya,
10 September 2022
14:30 – 18:30
Pada kelas ini, pensyarah telah mengajar tentang stoikiometri atau persamaan tindak balas kimia, konsep mol, penyediaan larutan dan pencairan serta melakukan beberapa latihan dan membincangkannya bersama-sama.
Stoikiometri;
Konsep mol;
Larutan;
Pertemuan seterusnya adalah amali:
14 Oktober 2022
14:30 – 18:30Diberi penerangan tentang penggunaan alat dan radas di Makmal Kimia. Kemudian mempelajari cara menggunakan pipet, burret dan melakukan pencairan dengan betul.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang mengajar subjek ini, semoga ilmu yang diberi memberi manfaat hendaknya. 🙂
Rujukan dan Sumber
- Nota Kuliah
- Gambar dari Google