Geologi

Dr Afikah Binti Rahim

Pensyarah Geologi

Program Bridging 2022

Di dalam kelas geologi, peserta telah mempelajari tentang pembatuan, mineral yang ada pada batu-batu, perkongsian ilmu tentang kejadian alam semester dan sebagainya.

13 Ogos 2022
14:30 – 18:30

Pada pertemuan yang pertama, peserta bridging telah mempelajari tentang sifat-sifat fizik dan kimia bumi.

Geologi ialah satu bidang yang mengkaji tentang bumi termasuk asalmula, komposisi, struktur dan aktiviti dalaman, sejarah dan proses-proses semula jadi yang telah berlaku hingga ke apa yang terbentuk ketika ini.

Terdapat tiga bahagian utama bumi;

  1. Atmosfera
  2. Hidrosfera
  3. Geosfera

26 Ogos 2022
08:30 – 12:30

Pertemuan kedua, peserta bridging telah diberi pendedahan tentang zon dalaman bumi, teori hanyutan benua dan tektonik keping.

Terdapat tiga lapisan zon dalaman bumi iaitu, crust (kerak bumi), mantle (sarung bumi) dan core (teras bumi).

Kelas yang seterusnya, peserta bridging dapat mengenali tentang mineral dan batuan.

9 September 2022
14;30 – 18:30

Pada pertemuan yang seterusnya, pensyarah telah berkongsi ilmu tentang mineral dan pembatuan.

Antara contoh jenis mineral

15 Oktober 2022
14:30 – 18:30
Pertemuan amali. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mencipta batu menggunakan tanah liat.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang mengajar subjek ini, semoga ilmu yang diberi memberi manfaat hendaknya. 🙂

Rujukan dan Sumber

  • Nota kuliah
  • Gambar dari Google