Teknologi Maklumat 2

TUGASAN 1

  1. Apakah yang anda faham tentang Realiti Maya?

Realiti Maya atau lebih dikenali dengan panggilan Virtual Reality (VR) ialah satu teknologi yang menggunakan pemodelan dan simulasi komputer. Ia membolehkan seseorang berinteraksi dengan visual tiga dimensi (3-D) buatan atau suasana persekitaran. Aplikasi Realiti Maya melibatkan pengguna dalam persekitaran yang dijana komputer yang menyerupai realiti melalui penggunaan peranti interaktif, yang menghantar dan menerima maklumat dan dipakai sebagai cermin mata, set kepala, sarung tangan atau sut badan.

A man uses a virtual reality headset and joysticks on February 28, 2018 in Lille, northern France, at the My Cyber Royaume offices. At a center in Lille Virtual reality technology is being used to assist people with cognitive disorders. / AFP PHOTO / PHILIPPE HUGUENPHILIPPE HUGUEN/AFP/Getty Images
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE

2. Berikan satu contoh aplikasi Realiti Maya yang anda tahu? Bagaimana ia berfungsi?

Antara contoh aplikasi Realiti Maya ialah dalam industri automotif. Realiti Maya membolehkan jurutera dan pereka membuat percubaan dengan rupa dan binaan kenderaan sebelum memulakan prototaip mahal. Syarikat seperti Honda, BMW dan Jaguar Land Rover (JLR) telah menggunakan Realiti Maya selama bertahun-tahun untuk mengadakan ulasan reka bentuk dan kejuruteraan. Dengan adanya aplikasi Realiti Maya ini, bidang industri automotif dapat menjimatkan jam kerja dan bahan, dengan mengurangkan bilangan prototaip yang dibina bagi setiap barisan kenderaan dan membuka proses reka bentuk kepada tenaga kerja global.

JLR are using VR to hold engineering reviews earlier in the vehicle development process.
SUMBER: GOOGLE

Gambar diatas menunjukkan salah satu contoh kegunaan Realiti Maya dalam industri automotif. Seorang jurutera melakukan review awal terhadap proses pembinaan kenderaan.

Dalam format Realiti Maya yang biasa, jurutera yang memakai alat Realiti Maya (Oculus) dengan skrin stereoskopik melihat simulasi imej animasi model kenderaan. Ilusi seperti seolah olah “berada di sana” dilakukan oleh penderia gerakan yang mengambil pergerakan pengguna (jurutera) dan melaraskan pandangan pada skrin dengan sewajarnya, biasanya dalam masa nyata (sejurus pergerakan pengguna berlaku). Oleh itu, pengguna boleh melihat keadaan kenderaan yang disimulasikan, mengalami perubahan sudut pandangan dan perspektif yang berkaitan secara meyakinkan dengan pusingan kepala dan langkahnya sendiri. Memakai sarung tangan data yang dilengkapi dengan peranti maklum balas daya yang memberikan sensasi sentuhan. Pengguna juga boleh mengambil dan memanipulasi objek yang dilihatnya dalam persekitaran maya.

Teknologi Realiti Maya
SUMBER: GOOGLE

3. Bagaimanakah anda boleh gunakan teknologi Realiti Maya dalam urusan pekerjaan anda?

Teknologi Realiti Maya sememangnya boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang dan ia memberi manfaat yang banyak terutama dalam bidang pendidikan. Sebagai staf yang berkerja dimakmal, adalah maklum bahawa peralatan dan bahan yang berada dimakmal boleh mendatangkan bahaya dan kemalangan kepada individu yang berada didalamya sekiranya tidak menitik beratkan langkah-langkah keselamatan.

Dengan adanya teknologi Realiti Maya, aplikasi seperti Makmal Maya (Virtual Lab) dapat diwujudkan disamping mengurangkan risiko bahaya dan kemalangan dimakmal. Pelajar atau pelawat yang ingin melihat persekitaran makmal hanya perlu memakai peranti Realiti Maya dan merasai pengalaman maya seperti berada di dalam makmal yang sebenar.

Teknologi Realiti Maya ini juga dapat mengurangkan kos pembelian barang dan peralatan makmal sekiranya dapat diadaptasikan sepenuhmya dalam aktiviti ujikaji. Hanya menggunakan visual yang mana perlu disetkan terlebih dahulu dan ujikaji boleh dijalankan.