Tugasan 2
- Apa yang anda faham tentang Augmentasi Realiti?
Augmentasi Realiti (AR) adalah satu teknologi yang menggabungkan antara teknologi nyata (realiti) dan teknologi maya. Boleh dikatakan hanya 25 peratus atau kurang adalah teknologi maya manakala selebihnya ialah realiti.
Ryan Oakley dari Investopedia menakrifkan bahawa AR ialah sejenis teknologi yang membolehkan imej dan maklumat digital dipaparkan ke persekitaran fizikal.
Teknologi AR ini memberi pengalaman interaktif yang meningkatkan dunia sebenar dengan maklumat yang dijana dari komputer. Ia menggunakan perisian, aplikasi dan gajet yang bersesuaian. Imej digital yang dihasilkan oleh AR akan menindih kandungan digital daripada dunia sebenar.
2. Apakah perbezaan antara AR dan VR? Berikan satu contoh aplikasi untuk menerangkan perbezaan tersebut.
Sumber:
Google
https://vt.tiktok.com/ZSLnDjBgt/
contoh aplikasi VR
https://vt.tiktok.com/ZSLnHnYeQ/
Contoh aplikasi AR
3. Berikan cadangan,bagaimanakah teknologi AR dapat membantu tugasan seharian anda sebagai seorang Penolong Pegawai Sains di UTM?
Dalam tugasan seharian seorang Penolong Pegawai Sains yang berkerja di makmal, sistem dokumentasi adalah penting bagi merekodkan semua maklumat yang berkaitan dengan makmal. Antaranya ialah dokumen-dokumen KEWPA seperti borang pinjaman peralatan makmal, borang perolehan dan pembelian barang serta yang berkaitan dengannya.
Hal ini boleh menimbulkan sedikit kesusahan apabila rekod yang telah lama hendak dicari semula. Staf perlu menyelak satu persatu helaian kertas yang ada didalam fail. Jika disimpan didalam komputer, perlu membuka komputer dan mencari maklumat yang diinginkan.
Namun begitu, cadangan saya ialah dengan memanfaatkan teknologi Augmentasi Realiti (AR) ini dengan mewujudkan satu aplikasi yang dapat mencari maklumat didalam fail dengan cara:
- scan QR code yang ada di tulang fail.
- Pancaran maklumat secara maya akan dikeluarkan dan staf boleh mencari maklumat dengan mudah tanpa perlu membuka fail dan menyelak kertas.
Hal yang sama juga boleh dilakukan kepada Standard Operating Procedure yang ada dimakmal. Pengguna hanya perlu scan Qr code dan pancaran maklumat procedure atau manual penggunaan peralatan akan dikeluarkan. Perkara ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, dakwat printer dan menjimatkan masa.
Kesimpulannya, teknologi mendatangkan pelbagai kebaikan sekiranya dimanfaatkan kepada jalan yang benar.