Tahniah UTM Pagoh Gangsa di Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2020

with No Comments

Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada kumpulan inovasi UTM Pagoh yang diketuai oleh Dr. Umi Aisah Binti Asli bersama – sama ahli kumpalan yang lain iaitu Dr.Aidee Kamal bin Khamis, Pn. Noorafizah binti Dzahir, Pn. Hajar Aminah binti Ab Karim dan En.Muhammad Shalihin bin Md Yusof kerana telah memenangi gangsa Kategori Inovasi Petani dengan tajuk inovasi ” Pembangunan Sistem Pasca Tuai Basuhan Hasil Tani”.

Penyampaian sijil oleh YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar.

Pertandingan ini diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2020 yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada mereka yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan sektor pertanian termasuk dari segi aspek teknikal demi menghasilkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Sama ada inovasi dalam kalangan warga kerja jabatan, atau usahawan tani.

Di harap mereka terus memberi impak dan inspirasi kepada warga kerja UTM Pagoh untuk terus berinovasi dalam melaksanakan kerja seharian.

Leave a Reply