JABATAN MUFTI JOHOR MENGESAHKAN ARAH KIBLAT SURAU UTM KAMPUS PAGOH

with No Comments

“Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (Kaabah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan”. (Al Baqarah 2:149)

Semakan arah kiblat yang tepat perlu dibuat kerana fenomena Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjid Haram, Mekah Arab Saudi yang berlaku dua kali dalam setahun. Semakan dari Ustaz Asri bin Jafar, Ketua Unit Kiblat, Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor telah membuat audit arah kiblat menggunakan kompas prismatik dan theodolite (cerapan matahari). Beliau mengesahkan nilai latitud dan longitud di surau lelaki dan perempuan UTM Kampus Pagoh adalah tepat.

Cerapan matahari oleh Ustaz Asri, Jabatan Mufti Johor

“Melaksanakan semakan ketetapan arah kiblat di kediaman atau di surau /masjid adalah digalakkan dan menjadi tanggungjawab setiap umat Islam”, saranan Ustaz Asri.

Ribuan terima kasih kepada Jabatan Mufti Johor atas perkhidmatan semakan dan penentuan arah kiblat di surau UTM Kampus Pagoh

Leave a Reply