MUAR CIPTA SEJARAH MBOR LEBIH 400 RIBU MUD BALL

with No Comments

MUAR 19 JUN 2022, Pejabat Daerah Muar sekali lagi berjaya menganjurkan Malaysia Book of Records (MBOR) melalui ‘The largest Mud Ball Throwing Event’ yang disempurnakan oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara sempena Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor di Muar. Lebih 400 ribu butir bebola (mud ball) telah berjaya dihasilkan yang melibatkan pelbagai agensi, mukim dan termasuk staf serta pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama Majlis Perbandaran Muar

Mud ball yang dihasilkan oleh staf dan pelajar Pagoh

Inisiatif penghasilan mud ball ini adalah selaras dengan tema tadbir urus Pejabat Daerah Muar 2022, “Bandar Maharani: Bersih, Lestari dan Berdaya Huni”. Kegunaan bebola dengan campuran tanah liat dan bahan organik dapat menstabilkan pH air sungai, membantu membaiki ekologi air sungai dan mengurangkan bau busuk serta memecahkan molekul organik, sisa sampah dan sebagainya. Pengiktirafan MBOR ini diharap dapat menaikkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan mengekalkan kebersihan sepanjang Sungai Muar.

Leave a Reply