Pameran Fotografi Sinergi Library & KFS UTM 2020

21 Januari 2020, bersempena dengan majlis perutusan tahun baharu Naib Canselor UTM 2020, Kelab Foto Staf UTM (KFS UTM) dan Perpustakaan UTM bersinergi mengadakan Pameran Fotografi bertajuk “Dari Sudut Mataku”. Acara sama pernah dianjurkan 2 tahun sebelum ini yang mana ia merupakan wadah menginterpretasi jati diri DNA staf UTM melalui hasil seni fotografi bidikan mereka. Menerusi pameran ini juga, jurufoto KFS UTM berkongsi sudut pandang lensa mereka untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga kampus.

Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Naib Canselor pada hari yang sama di Dewan Sultan Iskandar dalam satu majlis yang sederhana tetapi  meriah dengan kehadiran kira-kira 2000 warga UTM. Rata-rata pengunjung teruja untuk melihat lebih banyak lagi hasil seni ini dimasa akan datang.

Menurut Presiden Kelab Foto Staf UTM, saudara Supandi Bunangin, koleksi gambar yang dipamerkan ini turut akan di jual kepada umum dengan bidaan harga serendah RM50 sekeping yang mana sebahagian keuntungannya akan didermakan melalui projek usahasama KFS UTM dan Pejabat Endownment UTM. Menurutnya lagi, pameran ini dijangka akan ditempatkan dilokasi baru di ruang pameran terbuka foyer Perpustakaan UTM bermula awal Februari 2020 dan dijadualkan akan berlangsung selama 3 bulan . Projek lensaDNAUTM ini, yang menghimpunkan hampir 40 keping karya foto pelbagai genre hasil kreatif ahlinya ini, diharap bakal meninggalkan memori manis kepada semua pengunjung khasnya kalangan warga UTM.

 

Mohd Fuad

Ahli KFS UTM

0 Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Contact for Blog Fuad

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©[2017] Fuad Yusof 

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?

Create Account

%d bloggers like this: