07 55310319 mfuad@utm.my

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Balai Seni Visual, Akademi Arham, Persatuan Seni Khat Johor, Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu sedang menganjurkan Pameran Seni Khat dan Jawi 2022 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru dari 1 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022.

Seni khat ialah seni tulisan Arab (termasuk Jawi) yang cantik. Seni ini merupakan suatu ilmu dan kemahiran dalam membentuk huruf-huruf Arab dalam posisi tunggal, bersambung ataupun dalam bentuk penghasilan karya mengikut kaedah-kaedah tertentu sehingga seni ini Berjaya ditampilkan dalam bentuk yang indah. Seni ini terus berkembang dengan masuknya pelbagai gaya, nilai dan pengaruh setempat, namun perkara ini tidak menjejaskan kaedah asas yang telah ditetapkan oleh Islam.

Selain dari pameran, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti ‘Forum Bicara Seni’, ‘Bengkel Seni Khat dan Iluminasi’, ‘Pertandingan Seni Khat dan Jawi’, ‘Demonstrasi Penyalinan Al-Quran’ serta ‘Seminar Seni Khat dan Jawi’.

Menyedari pameran yang diadakan ini mungkin akan menghadapi cabaran kekurangan pengunjung fizikal, pihak Perpustakaan UTM dibawah Seksyen Galeri & Seksyen Multimedia telah mengambil inisiatif membangunkan platform lawatan secara Maya yang dikenali sebagai ” 360 virtual tour” di virtualgallery.utm.my.

URL https://virtualgallery.utm.my/pameran-maya-seni-khat-jawi/

Pameran maya ini bakal memberi peluang kepada pencinta khat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke pameran fizikal untuk turut menikmati pameran walaupun hanya didalam talian.

Melalui pameran maya ini, pengguna bebas untuk menelusuri keseluruhan pameran secara digital dan merasa pengalaman melihat karya seolah-olah dialam nyata dengan secara dekat (zoom) dengan meng klik icon kamera di setiap bahan pameran.

Semoga suntikan teknologi virtual ini dapat memberi aspirasi dan mengubat rindu semua pencinta Khat di seluruh dunia.