
SMIS atau SMESH?
Salam sejahtera, bagi yang dah biasa meluluskan cuti staf, semakan kehadiran, semakan masalah kehadiran dll, mesti biasa sistem ini. Untuk masuk ke sistem secara terus, anda boleh klik di link ini, Sila Login SMIS UTM disini
Salam sejahtera, bagi yang dah biasa meluluskan cuti staf, semakan kehadiran, semakan masalah kehadiran dll, mesti biasa sistem ini. Untuk masuk ke sistem secara terus, anda boleh klik di link ini, Sila Login SMIS UTM disini
Ada yang bertanya, samada, ada dot ke atau tiada dot ? Kesilapan ini sering berlaku sebab silap taip lupa taip dot dan tak dapat masuk sistem. Maka, jawapannya adalah, ada dot. Kalau nak senang klik je link dibawah ni.
https://my.utm.my adalah portal yang berkaitan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Portal my.utm.my berfungsi sebagai platform dalam talian bagi pelajar, fakulti, dan kakitangan UTM untuk mengakses pelbagai sumber dan perkhidmatan berkaitan dengan perkara akademik dan pentadbiran. Berikut adalah beberapa ciri dan fungsi penting yang biasanya terdapat di dalam portal my.utm.my:
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang tersedia di dalam portal my.utm.my mungkin berbeza, kerana universiti sentiasa mengemaskini dan meningkatkan platform dalam talian mereka untuk memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan. Disyorkan untuk melawat portal tersebut dan meneroka fungsi-fungsinya untuk memahami dengan lebih baik perkhidmatan yang ditawarkan.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Balai Seni Visual, Akademi Arham, Persatuan Seni Khat Johor, Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu sedang menganjurkan Pameran Seni Khat dan Jawi 2022 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru dari 1 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022.
Seni khat ialah seni tulisan Arab (termasuk Jawi) yang cantik. Seni ini merupakan suatu ilmu dan kemahiran dalam membentuk huruf-huruf Arab dalam posisi tunggal, bersambung ataupun dalam bentuk penghasilan karya mengikut kaedah-kaedah tertentu sehingga seni ini Berjaya ditampilkan dalam bentuk yang indah. Seni ini terus berkembang dengan masuknya pelbagai gaya, nilai dan pengaruh setempat, namun perkara ini tidak menjejaskan kaedah asas yang telah ditetapkan oleh Islam.
Selain dari pameran, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti ‘Forum Bicara Seni’, ‘Bengkel Seni Khat dan Iluminasi’, ‘Pertandingan Seni Khat dan Jawi’, ‘Demonstrasi Penyalinan Al-Quran’ serta ‘Seminar Seni Khat dan Jawi’.
Menyedari pameran yang diadakan ini mungkin akan menghadapi cabaran kekurangan pengunjung fizikal, pihak Perpustakaan UTM dibawah Seksyen Galeri & Seksyen Multimedia telah mengambil inisiatif membangunkan platform lawatan secara Maya yang dikenali sebagai ” 360 virtual tour” di virtualgallery.utm.my.
URL https://virtualgallery.utm.my/pameran-maya-seni-khat-jawi/
Pameran maya ini bakal memberi peluang kepada pencinta khat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke pameran fizikal untuk turut menikmati pameran walaupun hanya didalam talian.
Melalui pameran maya ini, pengguna bebas untuk menelusuri keseluruhan pameran secara digital dan merasa pengalaman melihat karya seolah-olah dialam nyata dengan secara dekat (zoom) dengan meng klik icon kamera di setiap bahan pameran.
Semoga suntikan teknologi virtual ini dapat memberi aspirasi dan mengubat rindu semua pencinta Khat di seluruh dunia.
Musim-musim PKP ni ada ramai orang cuba buat video dan sharing apa yang mereka buat di rumah… Jadi sebagai melengkapkan aktiviti sharing ni dikongsikan sikit tips bagaimana nak hasilkan video yang paling baik dengan hanya gunakan kamera handphone Terima kasih pada En Wan Jamal Mohd Ariff… Jurufoto Perpustakaan UTM yang sudi berkongsi tips ini…. Video yang beliau hasilkan memang cun…. bersahaja…. jelas… mudah… mmg terbaik….
Pameran Sinergi Perpustakaan UTM & KFS UTM 2020
Lensa DNA UTM merupakan wadah menginterpretasi jati diri DNA staf UTM melalui hasil seni fotografi. Menerusi pameran ini, ahli KFS berkongsi sudut pandang lensa mereka untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga kampus. Bertempat di Ruang Legar Pameran 1 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, pameran ini yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Naib Canselor pada 16 Januari 2017 akan berlangsung selama tiga bulan sebelum berakhir pada 16 April 2017.
Menghimpunkan hampir 200 keping gambar foto pelbagai genre hasil bidikan kreatif 17 ahlinya, antara yang turut dipamer adalah koleksi peribadi 7 orang pensyarah bergelar Doktor dan Professor di UTM yang turut mengganggotai kelab ini. Semoga kunjungan ke pameran ini bakal meninggalkan memori manis kepada semua pengunjung.