Blog

Klik Imej Besar

Disini saya ada sertakan sedikit info dalam bentuk peta minda…. nak kongsi-kongsi sikit berkenaan blog.

Namun, untuk memahami dengan mendalam sudah tentunya 1 mukasurat ni tidak memadai. Jadi, anda perlu mendapatkan maklumat tambahan dari buku, majalah, blog blogger, wiki, ensiklopedia dan pelbagai sumber lain.

Dalam 10 tahun mengikuti perkembangan dunia blog ni adalah sikit-sikit tips yang boleh saya kongsikan berkenaan blog ni…. dibawah ni saya ada listkan sebagai perkongsian bersama….   salam blogger….

Apa itu Blog?

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang biasa menggabungan… (more)

Tips menjadi Blogger

4 tips bagaimana menjadi penulis blog yang serius & mempunyai pengunjung.

1. Pantang guna shortform ala-ala SMS.

Ini memang biasa terjadi. Penulis menggunakan shortform yang pelik2 menurut mereka itu bahasa orang sekarang… trend. Sebenarnya,  untuk trafik dari enjin carian & juga keupayaan blog itu menjadi mesra pengguna sila elakkan bahasa SMS. Katakan hari ini anda menulis satu entri bertajuk, ’Cara Mdh Mncari Duit Dgn Intnet’. Dan, orang ramai memasukkan keyword ‘buat duit di internet’, peratusan untuk entri tersebut untuk muncul di enjin carian akan rendah & secara tidak langsung mengurangkan trafik yang berpotensi.

2. Biar nampak Simple.

Peraturan yang sering dipandang remeh oleh penulis blog. Lebih-lebih lagi penulis blog baru. Mereka jika boleh mahu meletakkan segalanya dalam satu muka blog mereka. Slideshow, bling-bling, gambar beranimasi & paling menabahtkan, perasaan buta tentang apa itu kontras. Pilih theme yang ringkas & mudah untuk di’navigasi. Jika theme anda berlatarbelakangkan hitam, pilih font berwarna cerah, tetapi bukan kuning. Jika theme anda berlatarbelakangkan putih, pilih font berwarna gelap. Mudah ‘kan?

3. Menulis seperti anda sedang life bercerita.

Ada penulis yang abah jumpa menulis tanpa perasaan di dalam setiap perkataannya. Seluruh isi kandungan itu seolah-olah mati. Tulislah sesuatu cerita itu jika anda benar-benar mahu menulis & berada di’dalam mood yang baik. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah di’fahami & susunan ayat yang menarik minat pembaca untuk membaca sehingga ke penghabisan. Ambil masa untuk membaca tulisan mereka yang telah lama di’dalam blog. Belajar & belajar.

4. Tengok blog rakan-rakan yang sama nitch.

Ini di’namakan membina hubungan. Anda tidak akan ke’mana-mana jika menulis blog & hanya berharap untuk orang datang. Memberi komentar di’blog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung. Dan, paling penting ia membina hubungan yang berterusan untuk kebaikan blog sendiri.

Contact for Blog Fuad

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©[2017] Fuad Yusof 

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?

Create Account

%d bloggers like this: