OurTrip in Hatyai

Excited!!  Thats what i can say about this trip… 17 Februari 2018… First time and i can say its last minute decision and kami betul-betul pergi for this trip..

Well i memang tak berapa reti nak wat blog.. (thanks to ur tunjuk ajar acik…).. trip 3 hari,2 mlm ni memang awesome…. daripada kereta, naik ets, nak van, naik tuk tuk.. semua ada hheheheehe….

Check it out… our itinerary for our short trip… (thanks acik for the awesome itinerary….)

Trip Bajet Hatyai acah acah backpakers ?
8-10 Feb 2018 (Khamis – Sabtu)

?? JB • KL • Hatyai ??
Car ? Train ? Tuktuk ?
5 PAX – 2 lelaki, 3 perempuan cantek

BAJET: RM327/pax (exclude mkn + shopping)
 RM125 (1k baht) : hotel, t’port, sim card
 RM50 : share minyak, TnG, parking
 RM152 : tiket train KL – Padang Besar – KL

8/2/2018 (Khamis)
5.15 pm – Drive dari JB ke TBS Kuala Lumpur (RM46.60 full tank, TnG topup RM100)
10.00 pm – Naik train dari TBS ke KL
Sentral (RM6.50/pax)
11.30 pm – Naik train dari KL Sentral ke Padang Besar (RM76/pax)

9/2/2018 (Jumaat)
5.46 am – Sampai Padang Besar. Cukai RM2/pax
6.00 am – Naik van ke Hatyai (1k baht/5 pax)
7.30 am – Tiba Hatyai, beli sim card (299 baht), cari hotel, tukar duit baht (1000 baht – RM126)
8.30 am – Check in Sandee Room Hotel. Dpt 1 bilik dlu sebab lagi 1 bilik ready pkl 12 noon (1.35k baht/2 room)
9.00 am – Morning Market Hatyai
11.30 am – Breakfast (100 baht/pax)
12.00 noon – Check in bilik lagi satu
4.30 pm – Naik tuk tuk dr hotel ke floating market
5.00 pm – Uncle tuktuk bagi masa sejam je utk dia tunggu sebab tambang include pegi balik. Makan di floating market (200 baht)
6.00 pm – Tukar plan nak terus ke next destination. Naik tuk tuk ke Asean Night Market (600 baht/5 pax)
9.00 pm – Naik tuktuk balik hotel (100 baht/5pax)
10.00 pm – Jalan jalan area hotel cari souvenir. Boleh nego sampi 80 baht/5 item.
11.30 pm – Jalan jalan cari makan. Fried Oyster 100 baht, ayam dgn pulut 80 baht,maggie tomyam+teh o ais 120 baht

10/2/2018 (Sabtu)
9.00 am – Breakfast roti kosong, roti pisang 60 baht
10.00 am – Jalan jalan Hatyai Train Station, Lee Garden beli souvenir (lagi?)
12.00 noon – Lunch Kak Sah Restoran (1.85k baht)
2.00 pm – Naik van ke Padang Besar (1200 baht/5 pax)
3.00 pm – Tiba di Padang Besar, cukai RM1/pax
6.00 pm – Naik train dr Padang Besar ke KL Sentral (RM76/pax)
11.55 pm – Tiba KL Sentral naik train ke TBS (RM6.50/pax)

11/2/2018 (Ahad)
12.30 am – Tiba di TBS. Bayar Car Park 3D2N (RM22/car). Isi minyak (RM46.60 full tank)
5.30 am – Tiba di Johor Bahru

Pesanan penaja utk yg first timer mcm i ols:

 Tukaran matawang takde la beza jauh sangat if tukar kat sini or sana. We ols dah try dan beza singgit je. Better tukar siap siap kat Malaysia terchenta untuk jimatkan masa.

 Bajet utk makan & souvenir family + kwn2 opis 3400baht. Ni pun dah byk kali mengucap kalau tak mesti pakcik money changer tu dh jadi bff kita.

 Kepala plug 2 pin better beli je dari sana sebab lain tempat lain pesen. 1 pc 35 baht je u ols. Bawak extention jika perlu, so xde la berebut nk charge phone & power bank.

 Masa kat sana awal sejam dari Malaysia dan xde dgr azan berkumandang, so better install apps waktu solat utk pastikan kita solat dalam waktu. Dinasihatkan solat je kat hotel sebab kat luar susah nk jumpa surau dan dalam mall xde air.

 Pastikan bawak selipar jepun dan plaster utk kes kecemasan kaki melecet. Tak lupa juga ubat ubatan mcm panadol, minyak angin dll. Bila time kecemasan masa tu lah xjumpa drug store, so better bawak siap siap.

 Makanan halal senang cari tapi pastikan tengok betul betul sebab kadang gerai jual yang tak halal tu sebelah menyebelah je.

 Tuktuk dari hotel ke floating market (15 minit) boleh dapat 120baht/pax (pegi balik). TIPS: Lagi ramai lagi murah.

 Sila check masa operasi tempat yang nak dituju (cth floating market) utk elakkan pembaziran masa. TIPS: Data plan & internet yang laju sgt diperlukan utk tujuan ni. Roaming celcom mahal weh, beli sim card thai lagi jimat.

 Bawa foldable shopping bag sebab kalau korang first time dtg pastu berazam taknak beli byk sgt sila jgn percaya. Buktinya, haku la tu.

 We ols tak sempat ronda dalam mall dek
kerana masa yg tak mengizinkan. Tp if nak melawat better jgn masa ko bawak beg baru lepas check out hotel sebab nak masuk mall ada security check macam kat kastam tu. Tak pasal abeh beg kena kembor.

Ok tu je dulu, kalau teringat pape kang i ols update. Ni cadangan je boleh jugak refer pengalaman orang lain yang mungkin lagi syok dan awesome.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *