Annyeong-haseyo~~ My First Korea Trip Ep. 2

Hi there~~ Post kali ni nak sambung semula my first trip ke South Korea… seriously, di sini memang banyak attraction place yang kita boleh view visit… Last post, i dah cover Seoul Tower, Myeondong, Nami Island… now kita sambung lagi skit… well, byk tempat dah mcm tak berapa ingat… (as usual, i mmg pelupa sket hahaha)…

Check it out~~

Gyeongbokgung Palace

 

Ambil depan instana aje…

Kalau dapat pergi one more time kat sini, memang nak sangat masuk dalam Istana ni… btw, masa kami ke sini dah lewat petang… terlepas pandang waktu melawat… so at the end, kami decide amik pic di sekeliling istana je… masa ni salji tengah turun… perasaan kami? super excited (sebab masa ni belum kerasukan hantu sejuk lagi hahaha)

 

Bukchon Hanok Village

Tempat ni macam klasik… perkampungan yang masih mengekalkan rumah tradisi korea… i tetiba rasa mcm balik kampung gitew.. tapi sadisnya, takde umah yg i boleh masuk hahahaha… oppppaaa bukak pintu hahahahaha.. dengarnya ada yg kata kawasan ni dah tak boleh masuk.. sbb ramai pelancong yg tak hormati penduduk sekitar… tapi syukur, i  dapat abadikan kenangan di sini….

Cantikkan kawasan ni… memang fefeling buat photoshot… thanks sangat kat buddy.. dia gigih amikkan pic i…

 

Hongdae

Hongdae sebenarnya area untuk muda mudi… dia more kepada kedai-kedai dan junk street. Masa ke sini, jujurnya kaki hakak dah lemah gemalai…. memang terasa penat sangat, jd akak hanya memaksakan kaki melangkah masa ni… well, tak jumpa plak pic di sini… maybe hakak lupa nak upload di FB hehehe

 

Cheonggyecheon Stream

 

Sini memang best… sebab masa jejak kaki di sini, salji tengah turun agak lebat… jadi terasa sangat berada di luar Malaysia… Sebenarnya xde apa sangat di sini.. hanya boleh lepak2 sambil tengok pemandangan (well, mcm hakak ni, akak lebih kepada menjamu mata melihat oppa yang jarang dapat lihat di Malaysia hhahaha).. ada yg kata, pergi malam lagi cantik.. sbb ada lampu… rezeki akak ke sini waktu petang… tapi, still ok… 🙂

 

Itaewon

 

Di Itaewon, memang famous masjid mereka yang agak besar dan lengkap… Actually, masa ke korea selatan ni, kami survey yang salji dah takkan trun.. jadi kami macam redha, sebab masa tu pun dah februari… masa ke masjid ni, ada gurau2 dengan buddy… “ehh doakan lah kot tetiba ada rezeki kita nak merasa salji”…. elok2 abis solat, masa kuar masjid ni, tetiba salji turun… perghh perasaan dia tu, macam nak lompat bintang seratus  kali… pengalaman yang sangat mengujakan… sampai sekarang teringat2 lagi perasaan tu…

 

Dah alang-alang ke Itaewon, kami terus mencuba makan di kedai muslim yang agak terkenal iaitu Eid Restaurant… btw, rasanya semua org dah tau, mereka ada bukak cawangan di Shah Alam… berjaya lah pujuk dia bawakkan akak ke situ… feling dia memang tetap sama… serius sedap..

 

Daemyung Vivaldi

Daemyung Vivaldi ni memang ada sediakan transportation dari seoul ke sini… Well, at first memang rasa super excited… sebab memang tahu ia kawasan pergunungan yang penuh dengan salji… but then, bila kami tak mampu rasa sejuk nak main ski, jadi terasa lama sangat masa berlalu nak tunggu petang utk balik ke seoul hehe… btw, pic memang superb…

 

Petite France

Kat sini, dia mcm mini france… katanya seolah-olah kita berada di France….kami memang teringin nak gi sini sebab Running Man  ada shooting kat sana… tapi masa ni, ada kenangan yang memang mengerikan. Untuk ke sini, memang kena naik bas yang memang telah disediakan. Kami memang decide untuk amik bas yang last sekali… tunggu demi tunggu, bas x datang- datang… dan rupanya ada memo yang mention bas terakhir tu batal…  Alhamdulillah, masa ni ada satu group yang datang tengok memo, dan diorg disscus.. and hakak tergerak hati nak tanya… macam ayam dgn itik berbual.. dan dengan izin Allah, datang satu couple yang boleh speak english… Alhamdulillah, diorg share taxi utk amik train balik subway…

 

~Others Attraction Place~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *