Kepentingan Adab dan Etika Bagi Seorang Pensyarah
Adab dan etika merupakan elemen penting dalam profesion sebagai pensyarah universiti. Sebagai seorang pendidik, pensyarah bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu namun pensyarah juga memainkan peranan sebagai role model kepada para pelajar. Apabila pensyarah menunjukkan adab dan etika yang baik, ianya bukan sahaja membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, malah turut membentuk pelajar menjadi individu yang berintegriti.
Pensyarah yang beradab dan beretika akan lebih mudah mendapat kepercayaan daripada pelajar. Apabila pelajar mempercayai pensyarah mereka, hubungan antara pensyarah dan pelajar menjadi lebih baik dan seterusnya mendorong pelajar untuk berinteraksi dengan lebih aktif dan positif dalam proses pembelajaran. Kepercayaan ini juga penting dalam menggalakkan pelajar untuk lebih terbuka dalam menyuarakan pendapat dan bertanya soalan, yang akhirnya boleh meningkatkan prestasi akademik mereka.
Selain itu, kredibiliti pensyarah juga akan meningkat apabila mereka menunjukkan contoh yang baik dari segi adab dan etika. Integriti dalam menjalankan tanggungjawab akademik seperti memberikan penilaian yang adil dan memastikan amalan akademik yang jujur penting dalam membina imej positif sebagai seorang pensyarah. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pensyarah dalam jangka masa pendek, tetapi juga membina reputasi yang baik dalam jangka masa panjang.
Di samping itu, pensyarah yang beretika juga memberi kesan yang besar kepada pelajar di luar bilik kuliah. Mereka berpotensi untuk menjadi inspirasi kepada pelajar dalam membentuk nilai-nilai profesionalisme dan etika yang akan dibawa ke dalam kehidupan kerjaya dan juga peribadi mereka pada masa hadapan.
Secara keseluruhan, adab dan etika yang baik adalah asas kepada kejayaan pensyarah dalam membentuk ekosistem akademik yang positif dan berkualiti dimana ia bukan sahaja meningkatkan prestasi pelajar namun ianya juga dapat mengukuhkan kredibiliti pensyarah sebagai pendidik yang dihormati.
Cabaran Adab dan Etika Yang Mungkin Dihadapi Oleh Seorang Pensyarah
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pensyarah terutamanya dalam soal adab dan etika Antara cabaran utama terutama berhadapan dengan pelajar adalah:
- Pelajar tidak hormat kepada pensyarah
Adalah contoh pelajar tidak hormat kepada pensyarah adalah seperti tidak mendengar kata pensyarah, mengganggu kelas, atau bersikap kasar dengan pensyarah dan rakannya yang lain. Sikap ini boleh menjejaskan suasana pembelajaran.- Langkah mengatasi masalah ini termasuk:
- Menetapkan peraturan kelas yang jelas sejak awal semester untuk memastikan pelajar memahami adab yang perlu mereka patuhi sepanjang semester.
- Menggunakan pendekatan diplomasi seperti mengadakan dialog secara peribadi dengan pelajar yang bermasalah untuk menyelesaikan konflik yang mungkin timbul.
- Langkah mengatasi masalah ini termasuk:
- Pelajar tidak beretika seperti meniru dalam peperiksaan plagiat tugasan
Meniru dalam peperiksaan atau plagiarisme dalam tugasan adalah antara cabaran besar yang menjejaskan integriti akademik dan mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang melakukannya.- Langkah mengatasi masalah ini termasuk:
- Menyediakan sesi atau bahan pembelajaran yang menerangkan kepentingan integriti akademik dan kesan negatif plagiarisme.
- Menggunakan perisian seperti Turnitin untuk mengesan plagiarisme dan menggalakkan pelajar menghasilkan kerja berdasarkan hasil pemikiran dan perbincangan mereka sendiri.
- Menggunakan soalan berbentuk analisis atau kajian kes yang memerlukan pemikiran kritikal bagi mengurangkan peluang meniru.
- Langkah mengatasi masalah ini termasuk: