Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, industri makanan juga tidak terkecuali daripada mengalami inovasi dan metamorfosis dari segi variasi jenis makanan dan kualiti. Kewujudan diversiti makanan dan minuman di kebanyakkan tempat di negara ini adalah akibat daripada kebanjiran migrasi budaya makanan dari luar negara, selain faktor demografi dan strata sosial pelbagai kaum di Malaysia yang turut menyumbang kepada era revolusi makanan moden. Kewujudan diversiti makanan daripada pelbagai jenis sumber iaitu dari kelas makanan murah dan street foods sehinggalah kepada makanan eksotik dan mewah seperti cuisine ala Scandinavian, Eropah, dan ala Timur-Tengah bukanlah sesuatu yang abnormal di kebanyakkan restoran dan kedai makan di Malaysia. Malah, hal ini dilihat sebagai sesuatu yang positif dari segi aspek kesihatan iaitu dengan amalan mempelbagaikan pengambilan sumber nutrisi dalam diet pemakanan seharian.
Diet pemakanan yang sihat dan seimbang dari pelbagai sumber gizi dan nutrisi adalah suatu amalan yang selalu dianjurkan oleh pakar pemakanan atau pengamal perubatan. Kadar pengambilan nutrisi yang ideal dan seimbang dengan aktiviti fizikal harian kita seperti karbohidrat, lemak, protein, fiber, vitamin dan mineral adalah suatu asas kepada kesihatan yang baik. Pengambilan nutrisi yang buruk dari segi kuantiti dan kualiti makanan boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan seperti imuniti yang berkurangan, peningkatan kerentanan terhadap penyakit, perkembangan fizikal dan mental yang merosot, dan mengurangkan produktiviti harian manusia.
Kewujudan dan pengaruh media sosial tidak dinafikan banyak membantu dalam memberikan info makanan dan kesihatan yang bermanfaat kepada warga siber. Namun info yang salah yang ditular di media sosial dan sengaja diputar belit akan menyalurkan maklumat yang tidak benar, sekaligus memberikan perspektif buruk dan pesimistik terhadap amalan pemakanan yang sihat.
Dasawarsa ini, penularan isu “bahaya campuran makanan laut dengan darat” di media sosial telah menarik perhatian ramai warga siber. Isu yang dijaja sejak sekian lama ini menyenaraikan beberapa pantang larang yang kononnya menjadi amalan yang diamalkan Rasulullah S.A.W (sunnah) mengenai pengambilan makanan yang bercampur antara sumber makanan dari laut dan darat seperti ikan dan ayam atau daging lembu, dan beberapa lagi seperti larangan campuran susu dengan buah-buahan (koktail). Beberapa pencerahan berasaskan teori sains dan tindak balas bio-kimia turut disertakan kononnya bagi menyokong doktrin ini, contohnya “punca utama adalah kesan buruk akibat percampuran ion positif dari sumber makanan darat dan ion negatif dari sumber makanan laut”. Bukti yang rapuh yang dinyatakan ini secara jelasnya berkonfrontasi dengan fundamental saintifik fizik dan kimia jirim. Lebih parah lagi apabila sikap acuh tak acuh netizen yang mengabaikan kesahihan dan keaslian isu tersebut secara saintifik atau berdasarkan hadis dan Al-quran telah berkongsi dan memuat naiknya di halaman sosial, seterusnya menjadikannya sebagai bahan omongan di kalangan masyarakat.
Berdasarkan rujukan Al-quran dan hadis, tiada dalil yang jelas dan terang-terangan melarang tabiat makan makanan bercampur aduk dari sumber darat dan laut. Malah, dogma yang didakwa berasaskan hadis ini tidak diketahui dengan jelas sumber dan sahih perawi hadisnya termasuk sanad perawinya. Kontradiksinya, makanan dari sumber darat (kecuali yang diharamkan) dan laut secara jelas dihalalkan dalam surah Al-Ma’idah (bermaksud hidangan) iaitu pada ayat ke- 4 dan -96. Sementelahan ia juga turut dinyatakan di dalam hadis iaitu, daripada Abu Hurairah; telah bersabda Rasulullah S.A.W tentang (hukum) air laut: “Air laut itu suci, (dan) halal bangkainya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Al-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ibnu Abi Syaibah).
Hujah saintifik yang dikemukakan bagi menyokong hadis palsu ini iaitu “percampuran ion positif (makanan darat) dan ion negatif (dari laut) adalah punca kepada penyakit kanser” adalah suatu maklumat yang berkonflik dengan fundamental dan ciri intrinsik konsep fizik atau kimia atom dan ion jirim. Tiada istilah “percampuran ion positif dan negatif” dalam hukum fundamental fizik mahupun kimia. Berdasarkan hukum Coulomb, ion positif dan ion negatif akan menarik antara satu sama lain akibat daya tarikan yang dinamakan “ikatan ionik” dan membentuk sebatian ion. Fenomena inheren tarikan ion positif dan negatif (pembentukan sebatian ion) ini adalah proses normal tindak balas unsur kimia untuk memenuhi peraturan oktek kimia (chemistry octet rule).
Sebation ion akibat “percampuran ion positif dan negatif” adalah selamat kepada manusia dan tidak menghasilkan zarah atau molekul radikal yang berbahaya kepada sel-sel sihat atau bersifat karsinogen seperti yang didakwa oleh isu yang ditular di media sosial. Contoh yang paling ideal pengambilan sebation ion dan diet harian adalah dari natrium klorida (Na+Cl¯) iaitu garam masakan, natrium bikarbonat (Na+HCO3¯) iaitu serbuk penaik yang digunakan dalam penyediaan kuih dan kek, magnesium hikroksida (Mg2+OH¯) sebagai ubat gastrik, dan natrium nitrit (Na+NO2¯) sebagai bahan pengawet makanan. Terdapat beberapa lagi ion dan sebation ion dari pelbagai unsur-unsur yang tersenarai dalam jadual berkala kimia yang mana masuk secara langsung atau tidak langsung dalam sistem biologi manusia melalui penelanan dan pernafasan. Satu laporan terbitan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FOA) menyenaraikan sebanyak 9 ion positif dan 6 ion negatif yang akan masuk dalam sistem tubuh manusia akibat penelanan 100 g tisu ikan. Penemuan kajian dari pertubuhan FOA ini sekaligus menyangkal hujah isu yang ditular tersebut kononnya makanan darat mengandungi ion positif dan makanan laut https://www.paperwritings.com/ pula mengandungi ion negatif. Oleh itu, jelaslah isu pantang larang campuran makanan dari sumber laut dengan makanan dari sumber darat yang ditular di media sosial adalah suatu mitos!
Nice sharing dr ?
Thanks Farah for visit
Terima kasih dr kajian ini. Sy baru tahu pasal ni. Selama ni, sy slalu amalkan bende ni disebabkan orang share ni dalam whatsapp. Sebb tulah sy kene berhati2 apa orang yang share ape tah lagi yang mengandungi unsur2 al-Quran dan hadis sma ada sahih atau tidak
Thanks Syu for visit =)
nicely written dr??
Thank Mar for visit.
Czlowiek upada i sie podnosi. Jedni nazywaja to gimnastyka, inni sensem zycia. – Slawomir Kuligowski http://www.xmc.pl