Categories
personal

Kerja Singapura Ni Berbaloi Ke?

Pada tahun ini dapat peluang untuk kerja di Singapura. Tetapi persoalan yang timbul adalah, berbaloi ke kerja di Singapura ini berbanding dengan kerja yang sedia ada di UTM. Justeru, perlu dilihat daripada banyak aspek sebelum memulakan langkah lanjut. Tapi, apa yang menarik kerja di Singapura ini?

Perkara pertama yang menjadi tarikan tentunya adalah gaji yang lumayan. Kenapa lumayan, ianya 3 kali ganda berbanding dengan gaji di Malaysia. 3 kali ganda dalam aspek tukaran mata wang ye.

Bayangkan kalau gaji anda adalah SGD1500, ianya bersamaan dengan RM4500, sama seperti eksekutif di Malaysia. Baru-baru ini ada terbaca satu artikel berkenaan dengan kerja di Singapura ini dan membuatkan saya terfikir, berbaloi ke consider untuk kerja di sana?

Petikan dari artikel tersebut

Kerja di Singapura mempunyai cabaran yang tersendiri yang seseorang itu perlu hadapi terutama kalau nak ulang alik antara Johor Bahru dan Singapura. Cabaran pertama adalah untuk menghadapi kesesakan di Tambak Johor dan kesesakan di laluan kedua iaitu 2nd Link di Tuas. Seseorang itu perlu untuk berada di check point selama 1 jam hingga 2 jam untuk pergi dan balik.

Perlu bangun tidur awal pagi biasanya dalam sekitar pukul 5 pagi dan seterusnya pergi bekerja. Dijangka tiba di tempat kerja sekitar jam 7.30 pagi sehingga 8 pagi. Jika habis kerja pada pukul 6 petang, anda dijangka tiba di rumah sekitar jam 8.30 hingga ke 9 malam. Ini adalah antara cabaran terbesar mereka yang bekerja di Singapura.

Jika tak sanggup nak ulang alik, boleh sewa bilik di Singapura. Kos untuk sewa bilik di sana adalah dalam sekitar SGD600 sebulan. Ianya umpama menyewa sebiji rumah di Malaysia. Atas sebab untuk berjimat, ramai yang tinggal di Johor Bahru, sama ada menyewa bilik ataupun rumah dan berulang alik ke Singapura hampir setiap hari.

Tips Cari Kerja di Singapura untuk Rakyat Malaysia

Terus berfikir dan ishtiharah

Memang banyak perkara yang perlu difikirkan. Buat masa ini UTM masih tetap di hati.

UTM di Hatiku

Akan datang tak tahu apa yang bakal terjadi, jadi lebih baik teruskan dengan kerjaya sekarang. Apapun, kalau ada peluang yang jauh lebih baik dari sekarang ini, memang berbaloi untuk cuba. Mana tahu boleh improve diri dan kewangan keluarga. Bolehlah cover dan bayar banyak hutang-hutang lama seperti hutang PTPTN dan lain-lain.

Apapun, cukuplah sampai di sini coretan dari saya. Harap dapat bertemu lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak artikel lain yang bermanfaat dan berguna. Nantikan artikel seterusnya dari kami ya.

Oh ye, boleh tengok video di bawah ini untuk info lanjut.

Categories
personal

Tetapkan Niat dan Jalan Terus

Semua bidang mempunyai cabaran yang tersendiri termasuklah kalau jadi staff di UTM ini. Antara cabaran yang saya sering hadapi adalah untuk sukses dalam kerjaya sebagai seorang akademik dan keluarga.

Macam mana nak sukses ye?

Beberapa tips penting untuk sukses antaranya adalah amalkan beberapa tips dan panduan ini.

Jaga Solat

Penting untuk jaga solat dalam kehidupan kerana solat adalah tiang agama. Tidak sekadar yang wajib, yang sunat pun anda perlu jaga dan jangan tinggalkan ia. Adalah digalakkan untuk solat dhuha pada setiap hari dan witir. Juga solat tahajud setiap malam. Jaga solat dan insyaAllah akan terus sukses dengan kerjaya.

Buat Baik Dengan Ibu Bapa

Selain daripada solat, penting juga untuk berbuat baik dengan kedua ibu bapa. Kalau anak lelaki tu, syurga adalah di bawah tapak kaki ibu ye. Buat baik dengan ibu bapa insyaAllah akan dapat ganjaran syurga oleh Allah taala.

Bersedekah dan Berzakat

Sedekah tu penting dan zakat tu wajib. Sentiasa kena lakukan setiap bulan agar pendapatan yang Allah bagi itu diredhai dan diberkati. Berapa kadar zakat itu sepatutnya anda sudah tahu. Info berkaitan zakat boleh baca sendiri di sini.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat

Teruskan Kerja Kuat Demi Negara Tercinta

Teruskan untuk kerja dan kerja demi negara tercinta. Juga untuk dapatkan rezeki yang halal demi menyara keluarga ya.

Ya Allah permudahkanlah kami dalam urusan seharian kami. amin….

Categories
personal

UTM di Hatiku

Post kali ini hanyalah introduction sahaja kerana baru nak berjinak-jinak dalam membuat penulisan kreatif dan informatif. Alhamdulillah sudah berada di UTM agak lama dari tahun 2000 sampailah sekarang dan ingin terus berbakti kepada UTM yang tercinta ini.

Banyak lagi perkara yang ingin dilakukan dalam hidup antaranya adalah berbakti kepada negara dan universiti ini. Akan terus-terusan menimba ilmu untuk kebaikan ummah.

Selamat Datang 2020

Tahun 2020 telahpun datang dan tentu sekali tahun-tahun lain akan menyusul nanti. Apa nak buat tahun ini.

Baca Buku

Banyak buku yang boleh dibaca dan tidak semestinya topik yang berkaitan dengan kewangan sahaja. Topik lain berkaitan dengan pendidikan pun ada banyak pilihan. Yang paling penting bagi saya, jangan berenti membaca dan teruskan menimba ilmu pengetahuan. Akan datang tak tahu apa lagi yang akan terjadi.

Bersenam

Senaman penting untuk tubuh badan yang sihat. Apa guna duit banyak kalau badan tak sihat. Ingatan kepada diri sendiri dan mereka yang membaca artikel ini, teruskan dan amalkan gaya hidup sihat. Bersenam dan bersukan memang sangat penting untuk kesihatan jangka masa panjang.

Publish Paper

Dalam rancangan untuk publish banyak lagi paper berkaitan dengan akademik dan banyak lagi topik berkaitan. InsyaAllah banyak lagi topik berkaitan dengan engineering yang akan saya publish pada tahun ini.

Travel

Berjalan menambah pengalaman. Memang ada rancagan untuk tambah perjalanan dan timba pengalaman. Mungkin sambung PHD di UK ke, siapa tahu kalau rezeki kan.