Kami telah menggunakan aplikasi #‎youneedabudget‬, ‪#‎YNAB‬ sejak 2 tahun yang lalu untuk menguruskan kewangan keluarga.

Sesuai dengan tagline aplikasi ini, “you’ve never budgeted like this”, ianya memberikan pengalaman yang sangat mengujakan!!

Sejak awal perkahwinan kami, setiap perbelanjaan akan dicatatkan, dulu guna excel (nampak macam kelakar, macam kedekut pun ada). Tapi kalau kita follow personal financial experts mahupun otai-otai property macam faizul ridzuan, DSR dan lain-lain, aspek kewangan peribadi amat dititikberatkan. Malahan mereka turut mencadangkan supaya mencatat setiap perbelanjaan.

Aplikasi YNAB memperkenalkan 4 prinsip mudah untuk mengurus kewangan anda:

1- Give a dollar a job

-(belanjakan setiap ringgit yang masuk dalam akaun anda mengikut keutamaan)

2- Save for a rainy day atau juga dikenali sebagai “embrace your true expenses”

– (prinsip ini sangat membantu terutamanya untuk menghadapi perbelanjaan sekali-sekali yang besar, contoh nak sambut raya, persedian sekolah anak2, kecemasan, kereta rosak dsbg. Ianya lebih mudah untuk diperuntukkan melalui aplikasi ini dengan hanya memperuntukkan beberapa ringgit setiap bulan untuk kategori tersebut.)

3- Roll with the Punches

– (be flexible!! membajetkan kewangan anda bukan bermaksud menjadi kedekut atau menyusahkan diri. Kami hanya perlu menyesuaikan bajet yang telah diatur dengan perbelanjaan bulanan. Adakalanya perbelanjaan untuk satu-satu kategori, contoh groceries, meningkat dan terlebih daripada bajet asal, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengambil bajet daripada kategori lain untuk menampung bajet kategori groceries).

4- Live on Last Month’s Income

– (gunakan duit yang diperoleh pada bulan sebelumnya untuk perbelanjaan bulan semasa. Yang ini nampak macam sukar, melainkan anda melakukan ‪#‎2kerja‬. hehe. Tidak sebenarnya, dengan YNAB, pengguna dicadangkan untuk bersedia dengan “buffer”. Yer buffer, iaitu jumlah simpanan yang sama dengan jumlah perbelanjaan satu bulan)

Kami seronok menggunakan aplikasi ini walaupun pada awalnya isteri saya agak kekok sebab perlu key-in setiap perbelanjaan dalam aplikasi yang diinstall dalam telefon. Lama kelamaan ianya menjadi habit dan secara automatik kami akan mengambil telefon untuk key in setiap kali duit keluar daripada poket. Ianya lebih baik daripada hanya scroll down FB!!)

Ada sesiapa yang menggunakan aplikasi ini?

Anda boleh mencuba untuk tahun 2016 ini.

 

Screenshot 2015-12-31 10.30.29