Ramadhan anak-anak di Sekolah.
Pagi tadi sewaktu isteri saya Lina Jamhuri menghantar anak-anak ke sekolah, kebetulan Headteacher Dr Al Mistrano ada di dalam kelas. Terus ditanyakan apa sekolah boleh lakukan untuk memenuhi keperluan bulan Ramadhan bagi anak-anak kami. Di perhimpunan sekolah pagi ini pula mereka belajar berkenaan bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, anak-anak kami bersekolah yang mempunyai sekolah komuniti yang mempunyai kepelbagaian agama dan latarbelakang. Mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan dan mempraktikkan ajaran masing-masing. Malahan Nashwa turut diberi sedikit ruang di pejabat untuk bersolat ketika waktu rehat. Dalam masa yang sama, anak-anak disekolah ini juga diajar untuk menghormati kepercayaan dan agama orang lain. Ada satu sesi, guru kelas turut memperkenalkan kepercayaan agama Mayan yang rasanya penganutnya hanya tinggal beberapa kerat…
Berbeza dengan sekolah-sekolah evangelist di UK, berdasarkan pengalaman kawan2 yang mendaftarkan anak ke sekolah ini, polisinya tak dibenarkan solat dan puasa..malah kena ikut aktiviti keagamaan bukan Islam.
Tempoh berpuasa kali ni lebih panjang berbanding 4-6 tahun yang lalu. Doakan Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita semua. Nadhrah nak puasa, Nashwa pula nak puasa hari minggu sahaja…