Bersempena dengan lawatan daripada Fakultas Syariah Dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia, satu sesi Kolokium bersama para pelajar S2 (Sarjana) Program Studi Magister Hukum Tata Negara telah diadakan pada 17 July 2019.

Program yang akan berlangsung di DK2, T08 Azman Hashim Business School, Universiti Teknologi Malaysia turut akan disusuli oleh dialog dua hala antara Kumpulan Penyelidikan Syariah, Perundangan dan Ekonomi (SLEC) dengan Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang.

Delegasi daripada UIN Raden Fatah diketuai oleh Dr. Ulya Kencana bersama 4 orang dosen fakultas syariah dan hukum, serta 18 orang pelajar sarjana mereka. Pensyarah Akademi Tamadun Islam dilibatkan sebagai penilai bagi pembentangan kolokium mereka..