Fakultas Syariah Dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia, sekali lagi bekerjama dengan Akademi Tamadun Islam, FSSH, UTM untuk mengadakan sesi Kolokium bersama para pelajar S2 (Sarjana) Program Studi Magister Hukum Tata Negara.

 

Program dijalankan pada pada 18 November 2019. Seramai 30 orang delegasi daripada UIN Raden Fatah telah turut serta dalam kolokium ini. Pembentangan kertas kerja dalam kolokium ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar S2 UIN Raden Fatah untuk mengetengahkan kajian mereka di peringkat Nusantara.

Program yang akan berlangsung dewan al-Marbawiy, Bangunan S45, Akademi Tamadun Islam, FSSH, Universiti Teknologi Malaysia turut akan disusuli oleh dialog dua hala antara Kumpulan Penyelidikan Syariah, Perundangan dan Ekonomi (SLEC) dengan Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang.