Dekad Membaca Kebangsaan

 
KARNIVAL IRAMA BENTALA DAKSINA
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) Negeri Johor 2022, MBJB dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menganjurkan Karnival Irama Bentala Daksina pada 26 hingga 28 Ogos 2022 di Angsana Johor Bahru Mall (Plaza Angsana JB).
Pelbagai acara akan diadakan sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung seperti Pertandingan Melukis Poster: Saya Anak Malaysia, Pertandingan Seni Khat Kreatif, Pertandingan Pidato Negara Bangsa, Pertandingan Cerita Boneka Penglipur Lara, Pertandingan Didik Hibur Kad ASK, Diskusi Ilmu: Estetika Bahasa dalam Seni Khat dan Pertandingan Bicara Berirama.
 
Terdapat juga galeri pameran seni khat, galeri seni kraf tangan dan aktiviti jualan buku dan majalah.
 
Warga bandar raya dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan karnival ini.
 
 
UTM Open Day