BENGKEL TOT (TRAINING OF TRAINERS) KEMBARA KELUARGA SEJAHTERA NEGERI JOHOR KEPADA PENGGERAK WANITA DARUL TA’ZIM 2021

 

 

 Tarikh Program / Aktiviti 

7-9 April 2021 

Tempat Program / Aktiviti 

Savanna Hill Resort, Ulu Tiram 

Penganjur 

YPKDT dengan Kerjasama UTM 

Peserta 

52 orang penggerak wanita YPKDT Negeri Johor dan pegawai tadbir YPKDT daerah 

 

 Objektif Program / Aktiviti 

 

1. Memberi panduan, bimbingan dan pemahaman kepada Penggerak Wanita berkenaan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) untuk disampaikan kepada masyarakat awam. 

2. Memberi penerangan kepada peserta cara penggunaan sistem MOOC MKSNJ. 

 

 

Bengkel telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Zaiton binti Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor. Turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil dan pengarah CFiRST, Prof. Dr. Farahwahida Bte Mohd Yusof.

Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan terdiri daripada para pensyarah UTM dan ahli professional.

Dalam bengkel ini juga peserta telah diberi latihan penggunaan MOOC-MKSNJ iaitu satu kursus dalam talian yang mempunyai penyertaan tanpa had dan akses terbuka bagi memastikan Modul Keluarga Sejahtera ini dapat sampai kepada sasaran.

Semasa LDK pula, para peserta diberi peluang membuat simulasi aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan untuk mereka jalankan bagi menyampaikan MKSNJ kepada golongan sasaran

Di akhir bengkel, Pelan Pelaksanaan MKSNJ dibentangkan oleh para peserta YPKDT, dengan harapan agar mereka mendapat input dan mampu menyampaikan modul ini kepada masyarakat dengan jayanya di kawasan lokaliti masing-masing.

 

Kelebihan / Manfaat program kepada peserta

  • Peserta dapat memahami setiap Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) yang disampaikan dengan lebih jelas untuk disampaikan kepada masyarakat awam dalam membentuk dan memperkasakan institusi kekeluargaan.
  • Peserta dapat mempelajari cara menggunakan sistem MOOC MKSNJ.
  • Peserta dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menyampaikan MKSNJ kepada golongan sasaran.