Selesai Sesi Webinar MKSNJ untuk siri pertama 2021. Program ini merupakan kesinambungan kerjasama CFIRST, UTM dan YPKDT.

Dalam webinar ini, sebanyak 3 siri webinar dijalankan dan penyertaan peserta dibahagikan mengikut zon iaitu: Zon 1: Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai; Zon 2: Pontian, Batu Pahat dan Kluang; dan Zon 3: Muar, Tangkak, Segamat dan Mersing. Sambutan yang diterima amat memberansangkan dengan kehadiran hampir 100 orang peserta bagi setiap siri webinar. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil.

Dalam siri webinar ini, peserta diperkenalkan kepada 14 modul yang terdapat dalam modul MKSNJ secara ringkas dan penggunaan MOOC dalam mempelajari MKSNJ ini. Topik-topik pilihan yang telah dikupas ialah: Modul 2: Undang-undang Keluarga Sivil; Modul 4: Adat Dan Budaya Masyarakat Majmuk Malaysia; Modul 6: Pengurusan Bimbingan dan Pendidikan Kanak-kanak; Modul 10: Pengurusan Emosi dan Konflik; Modul 11: Pengurusan Krisis Pertengahan Umur; dan Modul 13: Tanggung jawab Sosial dan Pembudayaan Positif dalam Masyarakat.