Nota Cambridge.
Pertemuan dengan Deputy Director CIS.
Setelah selesai urusan pendaftaran sebagai Pelawat Akademik, aku terus menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan penyelidikan di sini.
Minggu ke 2 sebagai Visiting Scholar di sini, deputy director menghulurkan salam pertemuan. Beliau menjemput aku untuk makan tengah hari bersama.
Aku dibawa ke kolej di mana beliau menjadi Fellow. What? fellow? Mcm kat Malaysia ke? Jaga students? Huhu.. Aku pernah dengar sistem kolej di Cambridge ni, tapi aku taklah ambil kisah sangat. Jadi, aku ambil la peluang untuk bertanya pasal tugas fellow dan lain-lain tentang sistem kolej ni. Fellow di sini perlu juga buat kerja admin kolej, tapi tidaklah membebankan. Mereka perlu mengajar pelajar-pelajar ni di Kolej. Mengajar di Kolej? Ya..
Waktu lunch dengan Dr. ni, aku dikelilingi oleh pensyarah University dalam pelbagai bidang, yang duduk sebelah aku bidang kejuruteraan besi/keluli (dia kata buku dia ada diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia). Sebelah depan ni, pensyarah bidang Sejarah dan sebelah beliau pula pensyarah dalam bidang molekul. Siap bawa bahan bantu mengajar masa Lunch. Baru lepas mengajar agaknya (detik hati aku). Fellow fellow ni makan sekali dengan pelajar mereka…waaa.
So, banyak isu yang aku sembangkan dengan deputy director ni. Tetapi yang menarik aku nak Highlightkan tentang endowments sistem di sini.
Aku rasa semua orang dah tahu pasal endowment sistem di universiti-universiti ternama dunia. Tapi ni just untuk catatan aku ja.
Aku start bertanyakan pasal nama centre yang letak nama mamat Arab tu. Walaupun aku tahu tu adalah Part of endowment sistem, tapi aku saje tanya nak buka cerita.
Jadi, dia pun bagitahu macam mana endowment ni berjalan. Pak Arab tu bagi fund sejak tahun 2009, secara beransur-ansur. Kemudian, Universiti akan uruskan endowment tersebut di mana wang yang diperoleh dilaburkan. Kebanyakannya dilaburkan dalam stock market ataupun company yang boleh beri return sekitar 4-6 peratus. Kemudian, hasil pelaburan tu digunakan untuk menjana aktiviti centre ni. Aku pun menyampuk, ooo, di Malaysia pun kami baru sahaja perkenalkan endowment ni. Tapi aku bagitahu, untuk selamat, duit di simpan dalam fixed deposit. Dia kata, kalau di UK fixed deposit hanya beri return sekitar 1% sahaja, secara efektifnya 0% sebab dimakan inflasi. Owh ye aku lupa, inflasi di Malaysia pun agak tinggi sekitar 4% juga, jadinya melabur dalam fixed deposit juga tidak memberikan keuntungan sangat sebenarnya. Teringat dengan duit pembinaan masjid tempat aku dulu, beria aku suruh pengerusi masjid utk simpan di tabung haji sementara menunggu urusan kelulusan pembinaan. Ada pula yang cadang suruh beri emas, aku jawab baik tak payah, mana ada untung untuk short term!
Owh berbalik kepada endowment tu tadi, aku buka cerita pasal waqf sistem yang hampir sama dengan endowment tu yang sekarang universiti2 di Malaysia cuba usahakan. Tapi bila fikir balik struktur waqf di Malaysia, aku rasa sebaiknya kekal sahaja dengan sistem endowment sedia ada. Struktur sedia ada perlu banyak diperbaiki dan seharusnya institusi pendidikan perlu mempunyai kebebasan untuk mengadaptasi dan mengaplikasi struktur waqf mereka sendiri.