Tips sambung pengajian peringkat pascasiswazah: Kenali bakal penyelia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dalam kalangan lepasan ijazah Sarjana Muda berhasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD).

Antara tips yang perlu diberi keutamaan ialah Penyelia atau Supervisor. Tips ini dikecualikan kepada pelajar-pelajar yang mengambil mode coursework.

Bagi pelajar-pelajar yang mengambil mod penyelidikan, pelajar-pelajar akan dibekalkan atau diminta untuk mencadangkan penyelia.

Bagi sesetengah pendapat, penyelia ini sangat penting kerana akan mempengaruhi cara kita menulis. Ada penyelia yang memberikan galakan. Ada penyelia yang lepas tangan. Maka, pemilihan penyelia yang tepat diperlukan supaya perjalanan pengajian kita tak terhenti di pertengahan jalan.

Saya menggalakkan, sebelum menyambung pengajian, kenali dahulu sedikit sebanyak berkenaan bakal penyelia. Cuba kita kaji siapa penyelia kita. Pelbagai platform yang boleh digunakan seperti Google Scholar, Staff directory, Researchgate dan lain-lain bagi mengenalpasti area utama penyelidikan. Hal ini dapat menarik minat kita untuk menguasai bidang yang hampir sama. Kalau lebih extreme, carilah pelajar-pelajar di bawah seliaannnya. Kita boleh rujuk artikel-artikel yang ditulis. Biasanya akan ditulis bersama pelajar-pelajar di bawah seliaan. Tanyalah sikap penyelia macam mana, membantu pelajar atau tidak dan lain-lain.

Pastikan kita tahu gelaran dia. Elakkan panggil penyelia kita dengan gelaran tak sepatutnya, kerana terdapat penyelia yang sangat particular dengan gelaran ini. Jika beliau seorang profesor, perlu disapa dengan panggilan prof. Kalau Dr, panggillah Dr.

Kesimpulannya, bakal pelajar perlulah mengenali penyelia sebelum menyambung pengajian. Mengenali penyelia ini dapat membantu anda untuk menghabiskan pengajian.

Semoga berjaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *