ihadir: Sistem Perakam Waktu Baru UTM

Sila klik image

Sila klik image untuk slide masuk/keluar

Apakah yang dimaksudkan dengan iHadir UTM?
iHadir UTM adalah merupakan sistem perakam waktu baru yang dibangunkan oleh UTM Digital melalui pautan ihadir.utm.my untuk menggantikan sistem SMIS UTM —> https://smis.utm.my yang sedia ada ketika ini.

Sila klik pautan (Link) untuk membuat slide masuk dan keluar: http://ihadir.utm.my

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kewajipan seorang Penjawat Awam untuk slide in/ slide out  untuk merakam waktu kehadiran mereka sebelum dan selepas waktu pejabat (Office Hour) pada waktu pagi dan waktu petang setiap hari (5 hari bekerja). Begitu juga di UTM tidak terkecuali seperti di jabatan-jabatan lain kerajaan di seluruh Malaysia.

Berikut adalah kaedah pelaksanaan dan pemakaian yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU:

  1. Apa yang kakitangan awam perlu maklum bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi serta cekap dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka.

2. Keputusan ini perlu dilaksanakan disemua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutuan
mulai dari sekarang. Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri juga adalah
diminta untuk turut melaksanakan sistem ini supaya terdapat keselarasan pengawalan
selama peringkat Kerajaan di negara ini.

Cara Pelaksanaan
3. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, akan mengeluarkan panduan tentang cara pelaksanaan sistem penggunaan kad perakam waktu itu secara berasingan.

4. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambil tindakan sesuai
melaksanakan keputusan ini di Kementerian mereka masing-masing dan juga di jabatanjabatan dan Badan-badan Berkanun di bawah pengawasan Kementerian mereka. Untuk melaksanakan keputusan ini peruntukan boleh diperolehi daripada Perbendaharaan untuk pembelian alat-alat yang diperlukan melalui urusan kontrak Perbendaharaan. Nasihat lain jika perlu untuk melaksanakan keputusan ini bolehlah diminta dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Pemakaian
5. Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu itu mungkin
menghadapi masalah bagi pejabat-pejabat yang mempunyai pegawai-pegawai dan
kakitangan yang menjalankan tugas diluar waktu biasa, diluar waktu pejabat atau
mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa.

6. Pejabat-pejabat begitu tidak dikecualikan dari menggunakan sistem tersebut, tetapi
bolehlah mengadakan ubah suaian mengikut budi bicara Ketua-ketua Jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun kelonggaran ini adalah tertakluk kepada panduan yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *